Sunday, February 14, 2010

Tugasan 1 RCSSB 2010

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 10:36 PM 0 comments
dENGAN bangganya, Syaza umumkan.. TUGASAN 1 RCSSB 2010 akan bermula sekarang!!!
Hinggalah ke 15 February 2010 ...

Jadi, perhatian kepada 4 peserta top kita,,

Sri Hana
Nea
Aqila
Syikin

BeReady! (bak kata pencilbox syaza..)

Oh ya. Notis kepada yang ingin menjadi juri, syaza mintak maaf sangat-sangat sebab kekosongan untuk menjadi juri sudah pun syaza penuhkan. Sekiranya mahu menjadi peserta, amatlah syaza alu-alukan kerana peserta RCSSB2010 sangat sikit orangnya. Syaza tak kisah sekiranya ada yang ingin menjadi peserta walaupun tidak sempat mendaftar...

TUGASAN nya...

Oh.. Tugasan kali ini mudah dan simple. Tetapi pada masa yang sama, SUSAH.

PARA PESERTA RCSSB 2010 SEKALIAN
hanya mempunyai masa sebanyak 1 hari untuk melakukan suatu kajian BIODATA sepenuhnya ke atas beberapa orang yang tertentu. Setelah siap, Biodata tersebut hendak lah diringkaskan menjadi suatu banner atau pun peta minda, atau apa-apa sahaja yang ringkas.. Anda dibenarkan untuk meluahkan kreativiti anda! 
Baik ? Boleh mulakan!!! 

EG Banner :



EG BIodata biasa :

Nama penuh : Anis Syaza Binti Azlin
Nickname : Syaza97
Kegemaran : Kicap, Lavender dan Milo 

~~Ni antara contoh2nya.. Dan, yang menjadi juri untuk kerja sendiri sudah pastilah... Orang Yang Dikaji itu Sendiri!! Oleh sebab nama Orang Yang Dikaji tu terlalu panjang (OYD), syaza kasi nickname : Backie ;

Anda kene mengkaji BACKIE anda secara detail okey?

Antara Backie yang boleh diambil ::

~Riha ( Ratu Cantik SSB 2009 )
~QT Meow (Juryy)
~Sis Shidah
~Syaza 

Atau sesiapa sahaja yang anda kenali.. (tapi kene kasi taw la siapa orang tu kat syaza terlebih dahulu, syaratnya mesti plajar ssb) Tapi syaza lebih galakkan orang yang ade dalam list nie laa.. Okey?

Get Ready.. Set... GOOO!!!



Sunday, January 31, 2010

Profile : Hana

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 12:18 AM 0 comments
Nama Penuh:Sri Hana
Nickname:Hana
Age:14
Special Talents:Gymnastic,Cheerleader
Tinggal Di,Shah Alam
Blog:the-size-sofssb.blogspot.com/
YM:sri.hana99@yahoo.com


Saya Layak Menjadi Ratu Cantik SSB kerana

Saya sudah lama teringinkannya..saya yakin yang saya layak.
saya berdoa kepada allah supaya doa saya termakbul..amin... 

Profile : Aqilla

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 12:18 AM 0 comments
Nama Penuh :nur aqilah
Nickname :aqila
Age (2010) :12
Special Talents :xd r.. haha
Tinggal di ?: melaka
Blog : akumasihsukadia.blogspot.com
YM: aqilah_280@yahoo.co.uk

Profile : Nea

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 12:17 AM 0 comments
Nama Penuh :danea batrisya
Nickname :nea
Age (2010) :kene ker??
Special Talents :pandai com jew
Tinggal di ?:malaysia!!!(kapar,selangor)
Blog :luvlolipopstory.b.com
YM:daneabatrisya@yahoo.com

Saya layak menjadi Ratu Cantik SSB 2010 kerana

saya rase saya dpat menjadi yg terbaek dri yg berbaek??
2nd.ia dpat merapat kitew kpade org laen??

Profile : Syikin

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 12:17 AM 0 comments
Name pnuh: Khairunnisa Asyiqin bt. Khai Rol Saleh..
Nickname: Syikin..
Age: 13 Tahun..
Special Talents: Blogging, nyanyi n acting..
Tinggal di Kedah
Blog: mysweetlifestory97.blogspot.com/
YM: Syikin97@ymail.com(syaza kan tahu....)

Saya layak menjadi Ratu Cantik SSB 2010 kerana...

Saya rasa diri saya boleh menjadi Ratu Cantik yg baik dan saya boleh mengalas tanggungjawab andai nyer sya jadi Ratu Cantik...

Friday, January 1, 2010

Bersedia Untuk Ratu Cantik SSB 2010 !

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 9:51 PM 0 comments
Wahahaha..
Tahun ini,
(2010)
Syaza sudah pun berplanning untuk mengadakan Pertandingan Ratu Cantik SSB 2010!
Tetapi penyertaan belum dibuka lagi
dan juri-juri belum lagi dipilih..
Walau bagaimanapun,
Juri yang tetap akan mengomen Tugasan adalah Ratu Cantik SSB 2009.
Ini juga merupakan salah satu ganjaran yang Syaza lupa nak letak.
Dan, sekiranya dia menolak, Syaza akan offer pula pada Naib Ratu Cantik SSB 2009..
Dan juga sekiranya dia juga menolak Syaza akan offer pula pada yang ketiga.. keempat.. dan seterusnya..

Jadi bersedia!
Syaza mungkin akan mengadakannya pada masa cuti atau pun
hujung tahun,
pertengahan tahun,
bila-bila masa sahaja. Jadi.. Bersedialah!!

Tugasan Finale (5 dan 6) RCSSB 2009~ !

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 9:46 PM 0 comments
Perhatian kepada .. Riha dan Nina ..

Finale kali ini ada dua Tugasan iaitu Tugasan 5 dan 6. Tak nak cakap panjang-panjang, Syaza troskan dahulu dengan Tugasan 5.

Main Point die adalah untuk mengumpul kenalan SSB seramai yang mungkin. Dengan itu, anda hendaklah ke SETIAP topik di SSB iaitu;

Berkenalan
Gosip Di Kantin
Kelab Usahawan Muda
Aktiviti Sekolah
Pembimbing Rakan Sebaya
Blog Dan Teknologi
Perpustakaan Dan Buku
Penulisan Kreatif
Peperiksaan UPSR
Peperiksaan PMR
Peperiksaan SPM
Bilik Guru
Bilik Pengawas
Bilik PIBG
Realiti Bersama AinMaisarah

Riha dan Nina kenalah pandai-pandai membuat satu tarikan di setiap topik tersebut. Bagaimana? Buatlah sebuah thread di setiap topik yang membolehkan anda mengutip undian dan juga mengutip kenalan. Kenalan yang terbanyak dan undian yang paling banyak menjuarai TUGASAN 5 SAHAJA.

Setiap kali anda mendapat satu kenalan, anda kenalah memberitahu Syaza maklumat berikut tentang kenalan anda itu . Kenalan tidak boleh sama!!! Siapa yang submit dulu kenalan, dia yang dapat kenalan tu . Kira siapa cepat, dia dapat lah. :

Nama Penuh :
Tarikh Lahir:
Username SSB:
Username Profile:

Confirmkan dahulu dengan kenalan anda bahawa dia akan mnjadi salah seorang kenalan anda barulah me 'report' pada Syaza. Sebab berkemungkinan syaza akan bertanya pada salah seorang dari kenalan anda. "Awak kenal tak siapa Riha/Nina?" Sekiranya dia berkata ya, dia diterima sebagai kenalan. Tetapi sekiranya dia berkata Tidak, dia akan di 'reject' sebagai kenalan.

Faham? Tak faham bolehlah mesej Syaza.. Ataupun buzz di ym.

Tugasan 6

Tugasan 6 kali ini berkaitan dengan model yang pernah Syaza suruh korang pilih, betul tak para peserta Ratu Cantik SSB? (tak kire yang masih kekal ataupun yang sudah tersingkir)

Tugasan 6 ni pula berdasarkan Fashion Show. Riha dan Nina dikehendaki untuk memilih 6 dari 12 model-model ini-3 Lelaki 3 Perempuan (Tidak boleh sama, ya? Siapa cepat dia dapat!!) Setelah memilih, Syaza akan update.

1. Taylor Swift ~Ninasweet97

2. Selena Gomez ~Ninasweet97

3. Kim So Eun

4. Han Ga In

5. Shila OIAM

6. Kim Hyun Joo

7. Taylor Lautner ~Ninasweet97

8. Lee Byeong Heon

9. Joe Jonas ~Ninasweet97

10. Fahrin

11. Kim Bum/Kim Beom ~Riha

12. Kim Hyun Joong


Apa yang perlu dibuat? Buat thread baru di Gosip Di Kantin. Dan Letakkan satu per satu model anda bersama outfit yang lengkap.

----

Dan.. Perkenalkan juri RCSSB 09 Finale.

~Riana Elinne
~Qt Meow
~Sis Shidah
~Syaza97

Jangka masa untuk membuat KEDUA-DUA tugasan ini, dari 1 Jan 2010 hingga ke 3 Jan 2010 . Tempoh tugasan akan tutup pada pukul 12 tengahari, 3 Jan 2010.

Dan jangan lupa.. kod undian tetap sama dan tetap ada. Boleh mengundi di Blog dan juga di SSB.

Harap Maklum. . . .

Thursday, December 31, 2009

Penyingkiran Semi Finale.

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 6:40 PM 0 comments
Perhatian!!!! Syaza nak mintak pendapat korang semua. Kalau lah. [b]KALAU[/b] Syaza adakan lagi sekali Pertandingan Ratu Cantik SSB 2010 ade tak yang nak join ? and. Agaknya sapa yang nak jadi Jurinya ya ? Oh .. dan peserta yang lama yang tidak berjaya melangkah ke Finale juga boleh masuk sekiranya jadi lah.. [b] Peserta yang berjaya ke Semi Finale. [/b] Sebelum Syaza paparkan siapa yang berjaya, bagilah syaza tunjuk dulu komen2 pedas yang syaza dan ria keluarkan... Beserta dengan jawapan sekali... [b]RIHA [/b] Soalan 1 # Apa yang bakal saya lakukan ialah, mengajak budak tersebut mengikut saya untuk ke rumah rakan ibu saya. Apabila sudah sampai, saya akan meminta bantuan rakan ibu saya untuk memberikan sedikit makanan kepada budak tersebut supaya dia kembali bertenaga. Kemudian, setelah budak tersebut kembali bertenaga, saya akan membawanya pulang ke rumah saya, menukar pakaiannya dengan pakaian saya dan membawa dia membonceng basikal. Ini kerana, saya yang sukarela hendak menolong, jadi saya tak sepatutnya menyusahkan ibu saya, bukan? Semasa menghantar budak perempuan itu, saya pastilah membawa sedikit wang. Yalah, siapa tahu rumah budak itu jauh, jadi… pastilah saya perlukan wang untuk membeli air atau pengalas perut, bukan? Cadangan yang bernas dan pandai pula anda merangka. Tetapi, dalam soalan sudah jelas sekali Syaza nyatakan bahawa anda TIDAK MEMBAWA DUIT sama sekali. Lagi satu, agaknya budak tu nak ikut sahaja ke Riha pergi ke mana-mana sahaja? Iaitu ke rumah orang yang tidak dikenali, Rumah rakan ibu Riha dan rumah Riha sendiri. 3/5 Jawapan yang diolah dengan baik, ejaan semuanya betul jika mata saya tak salah dan penggabungan keseluruhan yang bijak. 5/5 : Soalan 2# > Pertama-tama sebelum saya menjawab, izinkan saya berpantun terlebih dahulu. Makan roti bersama kelapa, Panjat pokok duduk di dahan; Jangan menipu ibu dan bapa, Diberikan azab oleh Tuhan. Sekarang, tujuan utama saya memberikan pantun tersebut adalah untuk menguatkan lagi jawapan. Setiap kali hendak keluar dari rumah, pasti kita meminta izin kepada orang tua, jadi sebelum keluar tentunya saya akan meminta izin dari kedua ibu bapa saya. Bukankah sudah saya nyatakan, jika menipu diberikan azab oleh Tuhan? Jadi, setelah berlakunya kejadian tersebut, apa salahnya saya makan semeja dengan mereka dan memperkenalkan rakan-rakan saya kepada mereka? Tentunya mereka dapat beramah mesra dengan lebih dekat dan saya yang mendapat saham kerana telah menyambungkan tali silaturrahim sesama manusia. Bagi yang ini, Syaza cuma nak kata.. Berani pula awak nak buat macam tu? Tapi, riha.. Soalan sudah mengatakan, anda tidak meminta izin. Tapi syaza memang nak cakap, riha memang berani sebab sanggup nak tanggung apa yang bakal terjadi kat rumah nanti. Tapikan.. betul ke riha nak buat macam tu? 2/5 Anda membuat satu kerja kreatif, iaitu member serangkap pantun. Tetapi pada saya, pantun itu tidak cukup untuk menyokong jawapan anda. Jadi anda harus mengolah jawapan untuk mengadakan platform bagi jawapan anda. Tetapi, bagi saya anda telah membuat tindakan yang tidak disangka-sangka dan tindakan anda itu anda telah anda berikan sebab. 5/5 Soalan 3 # >> Saya ni seorang yang suka membantu dan sukakan pahala (ceh… perasannnya!) jadi sudah tentulah saya membantu guru tersebut mengangkat barang-barang tersebut dan… oh ya, saya kena basuh tangan terlebih dahulu. Selepas itu, saya akan meminta guru hamil tersebut menulis surat untuk guru seterusnya yang “garang” tu. Sekiranya saya dimarah atas alasan lambat masuk ke kelas, saya akan tunjukkan surat bertandatangan tersebut kepada guru yang mengajar. Jika dia masih tidak percaya dan minta saya tunjukkan bukti lain, apa susah. Saya pasti membawa guru saya itu bertemu guru hamil tadi! Itu sudah cukup menjadi bukti bahawa saya baik hati! First, nak ckaap. bgos. tapi, sekiranya guru yang hamil itu tidak mahu menulis surat atau pun berkata nanti baru dia akan tulis surat itu bagaimana? Dan. Sekiranya tandas tersebut jauh, sempatkah riha untuk menolong guru tersebut? 2/5 Hmm. Saya sudah sedia maklum awak seorang yang berani dan baik hati. Semua manusia sukakan pahala, penyangak-penyangak kat luar sana pun suka pahala, cik kak! Jadi permulaan jawapan anda bagi soalan sini sudah goyah, tetapi masuk pertengahan jawapan, anda sudah dapat menstabilkan jawapan anda, Cuma saya kurang berkenan dengan simpulan akhir, awak baik hati? 4/5 Soalan 4# >> Kalau saya jumpa budak ‘bajet’ sebegitu, pastinya saya akan membidas dengan sangat pedas. Bukankah jawapan bagi soalan “Apa pentingnya selamatkan telefon bimbit” sudah dinyatakan di dalam soalan? Jawapannya ialah maklumat yang diberikan! Ya, "Setiap tahun, kira2 1.2 juta tan bahan buangan elektronik non biodegradable yang terdapat di muka bumi ialah telfon bimbit. Sekiranya perkara ini berlanjutan hingga 20 tahon akan datang maka bumi akan ditimpa bencan alam yang terbesar dalam tamdun manusia selepas kehancuran dinosaur pada kira2 65 juta tahun dahulu seperti tsunami, gempa bumi terbesar, suhu global meningkat dengan mendadak dan meningkatnya aras laut." Itulah jawapan kepada soalan budak ‘bajet’ tadi. Apa yang boleh saya lakukan? Mustahil saya cuma hendak berkempen kepada orang ramai. “jangan buang telefon bimbit… makcik, jangan buang telefon” sudah pastinya usaha itu gila dan sia-sia. Sebaliknya, saya boleh membuat promosi atau maklumat ini di dalam blog, laman web seperti SSB, dan seterusnya menyokong apa-apa jenis persatuan seumpama ini. Selain itu, jika saya tidak boleh yakinkan seluruh dunia, mungkin saya boleh yakinkan keluarga saya, seterusnya keluarga saya meyakinkan rakan mereka, rakan mereka meyakinkan rakan mereka lagi dan begitulah seterusnya, hingga ia tersebar luas ke seluruh dunia. Syaza mungkin ter miss something , tetapi sincerely syaza rase, macam riha tak betul-betul menjawab soalan yang diberi. Sekiranya boleh, janganlah melakukan repetition di dalam jawapan. Dan lagi satu, perenggan yang kedua itu perlu dibuang kerana tidak ada kena mengena dengan jawapan yang perlu diberi 1/5 Anda menjawab dengan cukup baik kepada kedua-dua soalan budak tersebut. Pada perenggan pertama, anda menjawab soalan pertama budak tersebut. Apa pentingnya selamatkan telefon bimbit? Anda sudah kukuhkan jawapan dengna mengulangi semula maklumat yang baru sahaja anda baca melalui kempen tersebut;. Pada soalan kedua pula, budak tersebut bertanya bagaimana hendak menyelamatakan telefon bimbit? Saya sokong jawapan anda kerana anda memanfaatkan SSB, dan memulakan pendekatan terhadap keluarga anda. Mengapa anda Cuma mendapat 4 markah dalam soalan ini, pada saya kerana terlalu panjang. Jika anda pendekkan dahlu, ringkaskan, sudah pasti saya akan pertimbangkan untuk memberi markah penuh. 4/5 Soalan 5 # Hal sebegini pernah berlaku kepada orang terdekat keluarga saya sendiri, iaitu Ariana Edeline yang merupakan hasil pernikahan campuran. Tetapi saya sedia maklum situasi ini berlaku kepada saya, dan sebagai anak mana mungkin saya hendak melawan ibu bapa. Pertamanya, saya menggunakan aspek Al-Quran dalam menyedarkan bapa saya itu. (p/s: dey, sebenarnya bapa saya tu Islam yang tulen. Nasib ini cuma test) mudah sahaja caranya, membacakan Al-Quran bersama ibu, kerana ayat-ayat suci Al-Quran dapat melembutkan hati. Jangan kata saya tak berani buat begini. Sekiranya tidak berhasil, saya akan gunakan cara lain iaitu mengajaknya bersolat secara lembut. Seterusnya, jika semua cara di atas tidak berhasil, saya rasa tiada cara lain yang dapat saya lakukan melainkan membabitkan hal ini ke mahkamah. Baiklah, syaza mengalah nak carik kesalahan riha kat dalam ni. Pandai riha memikirkan cara untuk memulih kembali perhubungan ibu bapa riha. Memang Syaza tak boleh nak argue tentang jawapan ini. Tahniah! 5/5 Tindakan yang pada saya agak berisiko, tetapi betul kata-kata anda iaitu ayat Al-Quran dapat melembutkan hati seseorang. Perihal anda mengajak bapa anda bersolat, masakan bapa anda hendak menolak kerana dia pasti hendak menunjukkan contoh yang baik kepada anda sebagai ketua keluarga. 5/5 Total percent : 75% = B+ [b]NINASWEET[/b] Soalan #1 Saya akan memberikan beberapa biji buah itu kepada budak perempuan tersebut. Kemudian, apabila dia sudah makan buah yang diberi, saya akan menemaninya pulang ke rumah ibu bapanya. Sekiranya ibu saya bertanya akan buah-buah tersebut, saya akan memberitahunya tentang kejadian tadi. Nina.. Syaza nak cakap. Jawapan Nina pada syaza tak complete. Sorry taw! Apa yang tak complete? Meh syaza kasitaw.. Okey, macam ni. Sekiranya Nina bagi buah-buahan tersebut kat budak perempuan tu, apa Nina nak bagi dekat kawan ibu Nina? Lagi satu, kenapa Nina tak bagitau apa yang dah jadi dekat buah tu, dekat kawan ibu Nina? Nanti mesti dia pelik. Lambatnya laah dia tunggu Nina hantar buah tu. Dan.. sekiranya ibu anda tidak percaya Nina buat macam tu? Apa Nina nak buat? Walau bagaimanapun, syaza dapat point Nina. Nina lebih pentingkan budak yang tak dkenali tu dari Nina sendiri. 2/5 Soalan 6 = Bukankah anda sepatutnya menghantar buah tersebut kepada rakan ibu anda? Ini tidak. Anda pergi 'derma'kan sedikit buah itu dan terus menemaninya ke rumah ibu bapanya. Sepatutnya anda menjelaskan tentang kejadian tersebut kepada rakan ibu anda yang sedang tercongok menunggu buah-buahan tersebut di rumahnya, bukan kepada ibu anda! Ibu anda sudah mengamanahkan anda utk menghantar buah tersebut dengan bilangan yang cukup kepada rakan ibu anda. Tetapi cuba bayangkan perasaan rakan ibu anda itu, sudahlah penat menunggu dapat buah pula tak cukup! 3/5 Soalan 2# : Saya akan mengajak rakan-rakan saya supaya beralih ke tempat duduk yang lebih tersorok daripada umum. Sekiranya mereka tak mahu juga, saya akan menjelaskan hal yang sebenar kepada mereka. Harap mereka lembut hati untuk membantu saya! Hurm. Sekiranya Nina ada tengok banyak movie, orang yang buat macam tu selalu ditangkap basah kerana ingin menyorokkan diri. Last-last, family Nina perasan juga. Kalau jelaskan hal sebenar tapi diorang tak nak bantu juga macam mana? Tindakan yang betul mesti.. Eh! Tak boleh kasitau.. 1/5 Soalan 7 = Hmm... tempat tersorok mungkin dapat diterima logik akal, tetapi cukupkah masa anda utk menerangkan perkara sebenar kepada rakan-rakan anda? Bagaimana pula mereka hendak lembut hati sekiranya perut sudah berkeroncong tidak terkata? 4/5 : Soalan 3# Saya akan pergi basuh tangan saya yang kotor di sinki. Kemudian, tolong cikgu perempuan tersebut dengan pantas. Sekiranya apabila saya masuk ke dalam kelas, guru yang garang itu sedang mengajar, saya akan menjelaskan hal yang sebenar kepadanya. Jikalau dia menghukum saya, saya tak kisah kerana saya telah melakukan perkara yang betul Nina, Nina tak rasa ke kalau Nina pergi basuh tangan Nina yang kotor dekat sinki tu sekadar membuang masa sahaja? Yelah, manalah tahu kalau-kalau lepas nina basuh tangan Nina, guru yang sarat mengandung tu dah sampai ke destinasi. Nanti Nina nak jawab apa dekat guru yang garang itu? Dikatakanlah.. tandas tersebut jauh. Nak berjalan lagi.. Mana sempat? Tetapi, syaza tetap dapat point Nina.. Berani lah kan.. Bagus-bagus.. 3/5 Soalan 8 = Saya tabik dengan keberanian anda, tetapi "menolong guru perempuan tersebut dengan pantas? Soalan menyatakan bahawa guru tersebut membawa TIMBUNAN buku-buku dan kertas soalan, bagaimana anda dapat menolong dengan pantas? Apapun, syabas! Anda tidak kisah dihukum kerana anda telah melakukan perkara yang betul. Tetapi sekiranya saya di tempat anda, saya akan pertahankan diri. Siapa tahu guru tersebut denda berdiri di atas kerusi sehingga waktu tamat? : 4/5 Soalan 4# S aya akan membalas dengan berkata : Maafkan saya. Saya berkempen ni bukan nak tunjuk pandai. Cuma nak menyedarkan warga Malaysia pentingnya alam sekitar kepada kita semua. Setiap orang mempunyai watak penting yang dimainkan di dunia ini. Macam mana nak cegah? Sekiranya ada telefon bimbit yang tak boleh dipakai lagi, jangan trade-in di kedai. Pergi ke mesin deposit telefon bimbit milik syarikat NOKIA yang terdapat di KLCC (tak silaplah). Deposit telefon bimbit tersebut di sana. Nanti anda akan menerima resit daripada mesin tersebut. Kemudian, ada sebuah pokok akan ditanam untuk setiap telefon bimbit yang diterima. Telefon bimbit itu pula, akan dikitar semula untuk menjadi barang yang lain sekaligus dapat mengurangkan jumlah telefon bimbit di dunia ini Okeylah. Syaza mengalah. I cannot argue with that statement. Jelas sekali menunjukkan bahawa Nina sudah pun membuat research berdasarkan soalan ini. Syabas! Kerana telah mengurangkan tahap kelaseran mulut syaza.. 5/5 Oh, jawapan soalan 9 anda saya tidak spot sebarang kecacatan. So far, jawapan soalan ini yang paling baik. 5/5 Soalan 5# Saya akan memujuk bapa saya untuk tidak kembali ke agamanya yang asal kerana agama Islam adalah agama yang benar. Saya juga akan menjelaskan kepada nenek saya bahawa saya perlu menutup aurat kerana menutup aurat merupakan tuntutan Allah. Orang Melayu pula masih lagi makan menggunakan tangan kerana sudah menjadi adat bangsa kita sejak dahulu lagi. Sekiranya adat ini tidak dipraktikkan lagi, kemungkinan ia akan lenyap. Nina, bukankah menutup aurat merupakan perintah, bukan tuntutan Allah? Sekiranya Nina memujuk-mujuk bapa Nina untuk tidak kembali ke agamanya semula, Nina rasa, sejujur-jujurnya, bapa Nina nak ikut ke? Jangan marah ya.. Adakah bapa Nina akan mengikut kata-kata seorang remaja yang hanya berumur 12 @ 13 tahun? Satu lagi, syaza nk betulkan balik ayat Nina. Orang melayu makan menggunakan tangan bukanlah kerana ia menjadi adat dan bangsa kita. Ada dikatakan mengapa kita perlu makan menggunakan tangan dan bukan sudu dan garfu. Diantaranya, Syaza beritahulah.. Satu, penyakit boleh dikurangkan (tu pun kalau basuh tangan sebelum makan lah.) Dua, makanan kita akan dihancurkan dengan lebih cepat disebabkan enzim di tangan. Dan tiga, makanan yang dimakan menggunakan tangan akan terasa lebih sedap juga kerana enzim di tangan. Sekali lagi, Nina jawab soalan tak habis. Bagaimana pula Nina nak tenangkan pergaduhan ayah dan ibu Nina? Tidak mungkin sekadar ayah Nina tak mau dah kembali ke agamanya, tak jadi dah nak bertengkar? Fikir baik-baik. 1/5 Soalan 10 = Cuba awak fikir, bapa awak akan mengikut kata awak ataupun kata ibunya? Nenek awak itukan orang Kristian, jadi mana mungkin dia dapat menerima definisi awak "menutup aurat merupakan tuntutan Allah". Bukankah Tuhan orang Kristian itu ada dua, ada penganut agama Kristian menyembah Maria ibu Jesus dan ada juga yang menyembah Jesus? Bagaimana nenek awak dapat mengenali siapa itu ALLAH? Berkenaan jawapan tentang sudu garfu itu, baiklah. Biar saya berterus terang Kejadian ini pernah berlaku kepada saya sendiri, di mana nenek saya merupakan seorang penganut Kristian dan bapa saya Kristian masuk Islam. Dia mempertikai kenapa saya memakai tudung dan kenapa orang melayu makan dengan tangan, apabila saya jelaskan itu sudah adat orang Melayu, katanya bapa saya bukan berbangsa Melayu tetapi beragama Islam. Bangsa dan agama dua benda berbeza,faham? Jadi saya rasa awak perlu penerangan yang lebih kukuh untuk soalan tersebut. 3/5 Total percent : 69% -------------- Dan.. Dua finalist yang berjaya ke Finale ialah....... Dengan suka citanya Syaza mengumumkan... [size=5]Riha DAN Nina!!!! [/size] Tahniah.. tahniah.. Kepada Sharina97 dan Muz Fiera, anda disingkirkan dari Semi Finale kerana tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya. Harap maaf. --------------------------- Hadiah2 yang Lumayan!! Juara Ratu Cantik SSB 2009 akan mendapat.. ~Gelaran Ratu Cantik ~Sebuah Kereta ~Teddy Bear ~Bunga Ros Naib Juara Ratu Cantik SSB 2009 akan mendapat.. ~Sebuah Motor ~Teddy Bear ~Strawberi Cokelat Tempat Ketiga Ratu Cantik SSB 2009 akan mendapat.. ~Apple ~Bunga Ros (sorang satu) .... Akan diberi waktu pengumuman siapakah Ratu Cantik SSB.. Harap maklum.

Pertandigan Ratu Cantik SSB 2010?

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 4:06 PM 0 comments
Ha.. Kali ni, syaza nak tanya pendapat korang semua. Bagi pendapat korang dekat chatbox, or comment taw,..
Setuju tak sekiranya kita adakan PERTANDINGAN RATU CANTIK SSB 2010 ?
Juri baru akan diambil,
Peserta baru dan peserta lama juga diterima ,
Hadiah lebih lumayan !

Setuju atau pun tidak ?

Bolehlah berkata-kata, ya ?
SETUJU atau TIDAK SETUJU ..
 

♥ Ratu Cantik SSB 2010 ♥ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare