Thursday, December 31, 2009

Penyingkiran Semi Finale.

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 6:40 PM 0 comments
Perhatian!!!! Syaza nak mintak pendapat korang semua. Kalau lah. [b]KALAU[/b] Syaza adakan lagi sekali Pertandingan Ratu Cantik SSB 2010 ade tak yang nak join ? and. Agaknya sapa yang nak jadi Jurinya ya ? Oh .. dan peserta yang lama yang tidak berjaya melangkah ke Finale juga boleh masuk sekiranya jadi lah.. [b] Peserta yang berjaya ke Semi Finale. [/b] Sebelum Syaza paparkan siapa yang berjaya, bagilah syaza tunjuk dulu komen2 pedas yang syaza dan ria keluarkan... Beserta dengan jawapan sekali... [b]RIHA [/b] Soalan 1 # Apa yang bakal saya lakukan ialah, mengajak budak tersebut mengikut saya untuk ke rumah rakan ibu saya. Apabila sudah sampai, saya akan meminta bantuan rakan ibu saya untuk memberikan sedikit makanan kepada budak tersebut supaya dia kembali bertenaga. Kemudian, setelah budak tersebut kembali bertenaga, saya akan membawanya pulang ke rumah saya, menukar pakaiannya dengan pakaian saya dan membawa dia membonceng basikal. Ini kerana, saya yang sukarela hendak menolong, jadi saya tak sepatutnya menyusahkan ibu saya, bukan? Semasa menghantar budak perempuan itu, saya pastilah membawa sedikit wang. Yalah, siapa tahu rumah budak itu jauh, jadi… pastilah saya perlukan wang untuk membeli air atau pengalas perut, bukan? Cadangan yang bernas dan pandai pula anda merangka. Tetapi, dalam soalan sudah jelas sekali Syaza nyatakan bahawa anda TIDAK MEMBAWA DUIT sama sekali. Lagi satu, agaknya budak tu nak ikut sahaja ke Riha pergi ke mana-mana sahaja? Iaitu ke rumah orang yang tidak dikenali, Rumah rakan ibu Riha dan rumah Riha sendiri. 3/5 Jawapan yang diolah dengan baik, ejaan semuanya betul jika mata saya tak salah dan penggabungan keseluruhan yang bijak. 5/5 : Soalan 2# > Pertama-tama sebelum saya menjawab, izinkan saya berpantun terlebih dahulu. Makan roti bersama kelapa, Panjat pokok duduk di dahan; Jangan menipu ibu dan bapa, Diberikan azab oleh Tuhan. Sekarang, tujuan utama saya memberikan pantun tersebut adalah untuk menguatkan lagi jawapan. Setiap kali hendak keluar dari rumah, pasti kita meminta izin kepada orang tua, jadi sebelum keluar tentunya saya akan meminta izin dari kedua ibu bapa saya. Bukankah sudah saya nyatakan, jika menipu diberikan azab oleh Tuhan? Jadi, setelah berlakunya kejadian tersebut, apa salahnya saya makan semeja dengan mereka dan memperkenalkan rakan-rakan saya kepada mereka? Tentunya mereka dapat beramah mesra dengan lebih dekat dan saya yang mendapat saham kerana telah menyambungkan tali silaturrahim sesama manusia. Bagi yang ini, Syaza cuma nak kata.. Berani pula awak nak buat macam tu? Tapi, riha.. Soalan sudah mengatakan, anda tidak meminta izin. Tapi syaza memang nak cakap, riha memang berani sebab sanggup nak tanggung apa yang bakal terjadi kat rumah nanti. Tapikan.. betul ke riha nak buat macam tu? 2/5 Anda membuat satu kerja kreatif, iaitu member serangkap pantun. Tetapi pada saya, pantun itu tidak cukup untuk menyokong jawapan anda. Jadi anda harus mengolah jawapan untuk mengadakan platform bagi jawapan anda. Tetapi, bagi saya anda telah membuat tindakan yang tidak disangka-sangka dan tindakan anda itu anda telah anda berikan sebab. 5/5 Soalan 3 # >> Saya ni seorang yang suka membantu dan sukakan pahala (ceh… perasannnya!) jadi sudah tentulah saya membantu guru tersebut mengangkat barang-barang tersebut dan… oh ya, saya kena basuh tangan terlebih dahulu. Selepas itu, saya akan meminta guru hamil tersebut menulis surat untuk guru seterusnya yang “garang” tu. Sekiranya saya dimarah atas alasan lambat masuk ke kelas, saya akan tunjukkan surat bertandatangan tersebut kepada guru yang mengajar. Jika dia masih tidak percaya dan minta saya tunjukkan bukti lain, apa susah. Saya pasti membawa guru saya itu bertemu guru hamil tadi! Itu sudah cukup menjadi bukti bahawa saya baik hati! First, nak ckaap. bgos. tapi, sekiranya guru yang hamil itu tidak mahu menulis surat atau pun berkata nanti baru dia akan tulis surat itu bagaimana? Dan. Sekiranya tandas tersebut jauh, sempatkah riha untuk menolong guru tersebut? 2/5 Hmm. Saya sudah sedia maklum awak seorang yang berani dan baik hati. Semua manusia sukakan pahala, penyangak-penyangak kat luar sana pun suka pahala, cik kak! Jadi permulaan jawapan anda bagi soalan sini sudah goyah, tetapi masuk pertengahan jawapan, anda sudah dapat menstabilkan jawapan anda, Cuma saya kurang berkenan dengan simpulan akhir, awak baik hati? 4/5 Soalan 4# >> Kalau saya jumpa budak ‘bajet’ sebegitu, pastinya saya akan membidas dengan sangat pedas. Bukankah jawapan bagi soalan “Apa pentingnya selamatkan telefon bimbit” sudah dinyatakan di dalam soalan? Jawapannya ialah maklumat yang diberikan! Ya, "Setiap tahun, kira2 1.2 juta tan bahan buangan elektronik non biodegradable yang terdapat di muka bumi ialah telfon bimbit. Sekiranya perkara ini berlanjutan hingga 20 tahon akan datang maka bumi akan ditimpa bencan alam yang terbesar dalam tamdun manusia selepas kehancuran dinosaur pada kira2 65 juta tahun dahulu seperti tsunami, gempa bumi terbesar, suhu global meningkat dengan mendadak dan meningkatnya aras laut." Itulah jawapan kepada soalan budak ‘bajet’ tadi. Apa yang boleh saya lakukan? Mustahil saya cuma hendak berkempen kepada orang ramai. “jangan buang telefon bimbit… makcik, jangan buang telefon” sudah pastinya usaha itu gila dan sia-sia. Sebaliknya, saya boleh membuat promosi atau maklumat ini di dalam blog, laman web seperti SSB, dan seterusnya menyokong apa-apa jenis persatuan seumpama ini. Selain itu, jika saya tidak boleh yakinkan seluruh dunia, mungkin saya boleh yakinkan keluarga saya, seterusnya keluarga saya meyakinkan rakan mereka, rakan mereka meyakinkan rakan mereka lagi dan begitulah seterusnya, hingga ia tersebar luas ke seluruh dunia. Syaza mungkin ter miss something , tetapi sincerely syaza rase, macam riha tak betul-betul menjawab soalan yang diberi. Sekiranya boleh, janganlah melakukan repetition di dalam jawapan. Dan lagi satu, perenggan yang kedua itu perlu dibuang kerana tidak ada kena mengena dengan jawapan yang perlu diberi 1/5 Anda menjawab dengan cukup baik kepada kedua-dua soalan budak tersebut. Pada perenggan pertama, anda menjawab soalan pertama budak tersebut. Apa pentingnya selamatkan telefon bimbit? Anda sudah kukuhkan jawapan dengna mengulangi semula maklumat yang baru sahaja anda baca melalui kempen tersebut;. Pada soalan kedua pula, budak tersebut bertanya bagaimana hendak menyelamatakan telefon bimbit? Saya sokong jawapan anda kerana anda memanfaatkan SSB, dan memulakan pendekatan terhadap keluarga anda. Mengapa anda Cuma mendapat 4 markah dalam soalan ini, pada saya kerana terlalu panjang. Jika anda pendekkan dahlu, ringkaskan, sudah pasti saya akan pertimbangkan untuk memberi markah penuh. 4/5 Soalan 5 # Hal sebegini pernah berlaku kepada orang terdekat keluarga saya sendiri, iaitu Ariana Edeline yang merupakan hasil pernikahan campuran. Tetapi saya sedia maklum situasi ini berlaku kepada saya, dan sebagai anak mana mungkin saya hendak melawan ibu bapa. Pertamanya, saya menggunakan aspek Al-Quran dalam menyedarkan bapa saya itu. (p/s: dey, sebenarnya bapa saya tu Islam yang tulen. Nasib ini cuma test) mudah sahaja caranya, membacakan Al-Quran bersama ibu, kerana ayat-ayat suci Al-Quran dapat melembutkan hati. Jangan kata saya tak berani buat begini. Sekiranya tidak berhasil, saya akan gunakan cara lain iaitu mengajaknya bersolat secara lembut. Seterusnya, jika semua cara di atas tidak berhasil, saya rasa tiada cara lain yang dapat saya lakukan melainkan membabitkan hal ini ke mahkamah. Baiklah, syaza mengalah nak carik kesalahan riha kat dalam ni. Pandai riha memikirkan cara untuk memulih kembali perhubungan ibu bapa riha. Memang Syaza tak boleh nak argue tentang jawapan ini. Tahniah! 5/5 Tindakan yang pada saya agak berisiko, tetapi betul kata-kata anda iaitu ayat Al-Quran dapat melembutkan hati seseorang. Perihal anda mengajak bapa anda bersolat, masakan bapa anda hendak menolak kerana dia pasti hendak menunjukkan contoh yang baik kepada anda sebagai ketua keluarga. 5/5 Total percent : 75% = B+ [b]NINASWEET[/b] Soalan #1 Saya akan memberikan beberapa biji buah itu kepada budak perempuan tersebut. Kemudian, apabila dia sudah makan buah yang diberi, saya akan menemaninya pulang ke rumah ibu bapanya. Sekiranya ibu saya bertanya akan buah-buah tersebut, saya akan memberitahunya tentang kejadian tadi. Nina.. Syaza nak cakap. Jawapan Nina pada syaza tak complete. Sorry taw! Apa yang tak complete? Meh syaza kasitaw.. Okey, macam ni. Sekiranya Nina bagi buah-buahan tersebut kat budak perempuan tu, apa Nina nak bagi dekat kawan ibu Nina? Lagi satu, kenapa Nina tak bagitau apa yang dah jadi dekat buah tu, dekat kawan ibu Nina? Nanti mesti dia pelik. Lambatnya laah dia tunggu Nina hantar buah tu. Dan.. sekiranya ibu anda tidak percaya Nina buat macam tu? Apa Nina nak buat? Walau bagaimanapun, syaza dapat point Nina. Nina lebih pentingkan budak yang tak dkenali tu dari Nina sendiri. 2/5 Soalan 6 = Bukankah anda sepatutnya menghantar buah tersebut kepada rakan ibu anda? Ini tidak. Anda pergi 'derma'kan sedikit buah itu dan terus menemaninya ke rumah ibu bapanya. Sepatutnya anda menjelaskan tentang kejadian tersebut kepada rakan ibu anda yang sedang tercongok menunggu buah-buahan tersebut di rumahnya, bukan kepada ibu anda! Ibu anda sudah mengamanahkan anda utk menghantar buah tersebut dengan bilangan yang cukup kepada rakan ibu anda. Tetapi cuba bayangkan perasaan rakan ibu anda itu, sudahlah penat menunggu dapat buah pula tak cukup! 3/5 Soalan 2# : Saya akan mengajak rakan-rakan saya supaya beralih ke tempat duduk yang lebih tersorok daripada umum. Sekiranya mereka tak mahu juga, saya akan menjelaskan hal yang sebenar kepada mereka. Harap mereka lembut hati untuk membantu saya! Hurm. Sekiranya Nina ada tengok banyak movie, orang yang buat macam tu selalu ditangkap basah kerana ingin menyorokkan diri. Last-last, family Nina perasan juga. Kalau jelaskan hal sebenar tapi diorang tak nak bantu juga macam mana? Tindakan yang betul mesti.. Eh! Tak boleh kasitau.. 1/5 Soalan 7 = Hmm... tempat tersorok mungkin dapat diterima logik akal, tetapi cukupkah masa anda utk menerangkan perkara sebenar kepada rakan-rakan anda? Bagaimana pula mereka hendak lembut hati sekiranya perut sudah berkeroncong tidak terkata? 4/5 : Soalan 3# Saya akan pergi basuh tangan saya yang kotor di sinki. Kemudian, tolong cikgu perempuan tersebut dengan pantas. Sekiranya apabila saya masuk ke dalam kelas, guru yang garang itu sedang mengajar, saya akan menjelaskan hal yang sebenar kepadanya. Jikalau dia menghukum saya, saya tak kisah kerana saya telah melakukan perkara yang betul Nina, Nina tak rasa ke kalau Nina pergi basuh tangan Nina yang kotor dekat sinki tu sekadar membuang masa sahaja? Yelah, manalah tahu kalau-kalau lepas nina basuh tangan Nina, guru yang sarat mengandung tu dah sampai ke destinasi. Nanti Nina nak jawab apa dekat guru yang garang itu? Dikatakanlah.. tandas tersebut jauh. Nak berjalan lagi.. Mana sempat? Tetapi, syaza tetap dapat point Nina.. Berani lah kan.. Bagus-bagus.. 3/5 Soalan 8 = Saya tabik dengan keberanian anda, tetapi "menolong guru perempuan tersebut dengan pantas? Soalan menyatakan bahawa guru tersebut membawa TIMBUNAN buku-buku dan kertas soalan, bagaimana anda dapat menolong dengan pantas? Apapun, syabas! Anda tidak kisah dihukum kerana anda telah melakukan perkara yang betul. Tetapi sekiranya saya di tempat anda, saya akan pertahankan diri. Siapa tahu guru tersebut denda berdiri di atas kerusi sehingga waktu tamat? : 4/5 Soalan 4# S aya akan membalas dengan berkata : Maafkan saya. Saya berkempen ni bukan nak tunjuk pandai. Cuma nak menyedarkan warga Malaysia pentingnya alam sekitar kepada kita semua. Setiap orang mempunyai watak penting yang dimainkan di dunia ini. Macam mana nak cegah? Sekiranya ada telefon bimbit yang tak boleh dipakai lagi, jangan trade-in di kedai. Pergi ke mesin deposit telefon bimbit milik syarikat NOKIA yang terdapat di KLCC (tak silaplah). Deposit telefon bimbit tersebut di sana. Nanti anda akan menerima resit daripada mesin tersebut. Kemudian, ada sebuah pokok akan ditanam untuk setiap telefon bimbit yang diterima. Telefon bimbit itu pula, akan dikitar semula untuk menjadi barang yang lain sekaligus dapat mengurangkan jumlah telefon bimbit di dunia ini Okeylah. Syaza mengalah. I cannot argue with that statement. Jelas sekali menunjukkan bahawa Nina sudah pun membuat research berdasarkan soalan ini. Syabas! Kerana telah mengurangkan tahap kelaseran mulut syaza.. 5/5 Oh, jawapan soalan 9 anda saya tidak spot sebarang kecacatan. So far, jawapan soalan ini yang paling baik. 5/5 Soalan 5# Saya akan memujuk bapa saya untuk tidak kembali ke agamanya yang asal kerana agama Islam adalah agama yang benar. Saya juga akan menjelaskan kepada nenek saya bahawa saya perlu menutup aurat kerana menutup aurat merupakan tuntutan Allah. Orang Melayu pula masih lagi makan menggunakan tangan kerana sudah menjadi adat bangsa kita sejak dahulu lagi. Sekiranya adat ini tidak dipraktikkan lagi, kemungkinan ia akan lenyap. Nina, bukankah menutup aurat merupakan perintah, bukan tuntutan Allah? Sekiranya Nina memujuk-mujuk bapa Nina untuk tidak kembali ke agamanya semula, Nina rasa, sejujur-jujurnya, bapa Nina nak ikut ke? Jangan marah ya.. Adakah bapa Nina akan mengikut kata-kata seorang remaja yang hanya berumur 12 @ 13 tahun? Satu lagi, syaza nk betulkan balik ayat Nina. Orang melayu makan menggunakan tangan bukanlah kerana ia menjadi adat dan bangsa kita. Ada dikatakan mengapa kita perlu makan menggunakan tangan dan bukan sudu dan garfu. Diantaranya, Syaza beritahulah.. Satu, penyakit boleh dikurangkan (tu pun kalau basuh tangan sebelum makan lah.) Dua, makanan kita akan dihancurkan dengan lebih cepat disebabkan enzim di tangan. Dan tiga, makanan yang dimakan menggunakan tangan akan terasa lebih sedap juga kerana enzim di tangan. Sekali lagi, Nina jawab soalan tak habis. Bagaimana pula Nina nak tenangkan pergaduhan ayah dan ibu Nina? Tidak mungkin sekadar ayah Nina tak mau dah kembali ke agamanya, tak jadi dah nak bertengkar? Fikir baik-baik. 1/5 Soalan 10 = Cuba awak fikir, bapa awak akan mengikut kata awak ataupun kata ibunya? Nenek awak itukan orang Kristian, jadi mana mungkin dia dapat menerima definisi awak "menutup aurat merupakan tuntutan Allah". Bukankah Tuhan orang Kristian itu ada dua, ada penganut agama Kristian menyembah Maria ibu Jesus dan ada juga yang menyembah Jesus? Bagaimana nenek awak dapat mengenali siapa itu ALLAH? Berkenaan jawapan tentang sudu garfu itu, baiklah. Biar saya berterus terang Kejadian ini pernah berlaku kepada saya sendiri, di mana nenek saya merupakan seorang penganut Kristian dan bapa saya Kristian masuk Islam. Dia mempertikai kenapa saya memakai tudung dan kenapa orang melayu makan dengan tangan, apabila saya jelaskan itu sudah adat orang Melayu, katanya bapa saya bukan berbangsa Melayu tetapi beragama Islam. Bangsa dan agama dua benda berbeza,faham? Jadi saya rasa awak perlu penerangan yang lebih kukuh untuk soalan tersebut. 3/5 Total percent : 69% -------------- Dan.. Dua finalist yang berjaya ke Finale ialah....... Dengan suka citanya Syaza mengumumkan... [size=5]Riha DAN Nina!!!! [/size] Tahniah.. tahniah.. Kepada Sharina97 dan Muz Fiera, anda disingkirkan dari Semi Finale kerana tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya. Harap maaf. --------------------------- Hadiah2 yang Lumayan!! Juara Ratu Cantik SSB 2009 akan mendapat.. ~Gelaran Ratu Cantik ~Sebuah Kereta ~Teddy Bear ~Bunga Ros Naib Juara Ratu Cantik SSB 2009 akan mendapat.. ~Sebuah Motor ~Teddy Bear ~Strawberi Cokelat Tempat Ketiga Ratu Cantik SSB 2009 akan mendapat.. ~Apple ~Bunga Ros (sorang satu) .... Akan diberi waktu pengumuman siapakah Ratu Cantik SSB.. Harap maklum.

Pertandigan Ratu Cantik SSB 2010?

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 4:06 PM 0 comments
Ha.. Kali ni, syaza nak tanya pendapat korang semua. Bagi pendapat korang dekat chatbox, or comment taw,..
Setuju tak sekiranya kita adakan PERTANDINGAN RATU CANTIK SSB 2010 ?
Juri baru akan diambil,
Peserta baru dan peserta lama juga diterima ,
Hadiah lebih lumayan !

Setuju atau pun tidak ?

Bolehlah berkata-kata, ya ?
SETUJU atau TIDAK SETUJU ..

Sunday, December 27, 2009

Soalan Objektif.

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 4:00 PM 0 comments
Soalan Objektif 

1. Adik anda membuat sesuatu yang tidak baik iaitu menconteng dinding di bilik anda. Emak anda masuk ke dalam bilik dan menuduh anda adalah pesalahnya. Apa yang anda lakukan?

A) Menegakkan keadilan dengan mengata memang adik yang buat.
 Diam dan membersihkan dinding tanpa berkata apa-apa.
C) Tak berkata apa-apa tetapi tanpa mak tahu, anda menyuruh aka membuli adik membersihkan dinding tersebut.

2. Sesuatu telah berlaku ketika anda sedang belajar di meja belajar. Tidak lama kemudian, anda mendengar emak anda meminta tolong. Apabila anda turun, kelihatan emak anda sudah pun terikat mulutnya dan jiran anda juga tertangkap. Rupa-rupanya, seorang pencuri sedang sibuk mengambil barang-barang rumah yang ada. Apa yang anda lakukan?

A) Lari lalu naik ke atas bilik, memikir apa yang patut dibuat.
 Terus ke arah pencuri tersebut lalu menendang KARATE KICK sehingga pengsan.
C) Ambil telefon bimbit dan telefon polis.

3. Anda sedang beriang ria bersama sahabat-sahabat karib anda di taman. Tiba-tiba, ada nampak seekor kucing yang jenis bakanya persian. Anda mengambil kucing tersebut lalu dibelai2. Setelah beberapa hari, anda mula rapat dengan kucing tersebut sehinggakan kucing tersebut juga sayang kepada anda dan asyik mengikut anda kemana-mana sahaja. Satu hari, seorang pemuda datang ke rumah anda mengatakan kucing itu miliknya. Kucing itu tidak menunjukkan apa-apa tanda bahawa memang pemuda itu tuannya. Pemuda itu menawarkan sejumlah wang yang amat besar buat anda sebagai ganjaran menjumpai kucingnya. Apa yang anda lkukan?

A) Beri kembali kucing tersebut dan menerima jumlah wang yang diberi.
 Menolak dengan baik. Simpan kucing itu untuk diri anda.
C) Besetuju ambil wang itu, beri kucing tetapi anda bersepakat dengan kucing tersebut (sudah pun melatihnya.) untuk kembali kepada anda.



4. Ketika waktu rehat di sekolah, anda ternampak kakak-kakak Senior dan guru2 membuang sampah merata-rata. Tak lama kemudian, datang seorang pengawas perempuan melalui kawasan yang telah pun dikotori oleh kakak-kakak senior tersebut. Walau bagaimanapun, si pengawas perempuan ini melihat kejadian tersebut lalu menyuruh orang lain mengutip sampah-sarap tersebut. Apa tindakan anda?

A) Pengawas tu tak buat salah pun.. Biar jelah.
 Marah si pengawas tu suruh dia kutip sendiri.
C) Marah pengawas, tegur kakak senior dan kemudian kutip sampah sarap.

5. Sedang anda sibuk menangkap-nangkap gambar menggunakan kamera baru anda, seorang penjenayah telah lalu di hadapan anda. Pada mulanya, anda tidak perasan tetapi setelah 5 minit, baru anda perasan bahawa orang tersebut adalah penjenayah apabila seorang orang tua telah menerangkan tentang bagaimana rupanya. Memori kamera anda sudah pun hampir habis. Tinggal 1 sahaja gambar yang boleh ditangkap. Ketika itu juga, kekasih hati anda yang lama lalu. Gambar siapakah yang anda tangkap? 

A) Penjenayah. Saya tiada masa untuk berkasih sayang.
 Kekasih lah.. Nanti kami tak jumpa dah..
C) Cepat2 delete satu gambar pastu tangkap gambar dua-dua.

Its Test Time! Tugasan 4 Round 4 ..

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 3:58 PM 0 comments
To Be a Ratu Cantik , bukanlah senang. Ia bukan lah sesenang yang korang jangkakan. Setuju tak, pserta2 skalian? Bukan senang, sebab setiap orang menghadapi risiko untuk keluar dari pertandingan ini. Jadi, Syaza ingin ucapkan tahniah kepada para peserta yang berjaya ke Semi Finale!

Jadi, buat kali ini, untuk men test kelayakan peserta menjadi Ratu Cantik, syaza akan mengadakan UJIAN KELAYAKAN RATU CANTIK SSB ! oh yeah.. Soalan yang disediakan hendaklah dijawab dengan jujur dan dari hati sendiri.

Ada lima soalan dari subjektif dan lima soalan dari objektif. Sebelum memulakan apa-apa, mestilah kena lapor diri dulu ! Okey?

Ninasweet 97
Sharina 97
Riha
Muz Fiera

4 orang nie.. Bersedia ! Tarikh membuat tugasan bermula hari ni hinggalah ke 31 December 2009. Bermakna, ada lima hari sahaja untuk menjawab Ujian. [kesian,].. Untuk membuat tugasan, hendaklah membuat thread baru, Di Gosip Di Kantin. Para pengundi kalau nak mengundi kenalah undi di THREAD SENDIRI dan BUKAN DI THREAD INI. Sebarang undian di THREAD INI tidak akan dikira ! Faham???

So , Format untuk menjawab soalan objektif,

1. Adakah blablablabla......

A ) kadang2
B ) ye.
C ) tidak.

Okey, mula2 kena copy paste dulu soalan ini. Bagi menjawab, kenalah membold kan alphabet dan tulisan. Seperti ini..

1. Adakah blablablabla......

A ) kadang2
B ) ye.
C ) tidak.

dan begitu lah seterusnya. Bagi soalan subjektif pula, kenalah juga copy paste kemudian jawab.

1. Apakah dia blablabla?

____________________________________________

okey kali ini pula, kenalah menjawab begini. Underline kan jawapan anda itu. Contoh,

1. Apakah dia blablabla?

Ia adalah seekor haiwan.

Faham ?? Kod pengundi masih sama. Apa yang perlu ada di thread ialah jawapan kepada soalan2 yang bakal dikemukakan di thread ini dan sepatah dua kata dan juga kod mengundi dan cara mengundi. Cara tetap sama, di ssb dan juga di blog.

Surprise ! Surprise! Kita juga ada Juri Jemputan buat tugasan Semi Finale ini. Mahu tau siapa?? Well.. Dia adalah.... CIk adik...

RIA!! ye.. atau, username SSB.. Riana_Edelinne.

Juri ini bakal mengeluarkan kata-kata yang pedass.. dan juga dia seorang yang straightforward. So, bersedia lah wahai para peserta sekalian!

p/s: Bagi Soalan SUBJEKTIF hendaklah di PM kepada Syaza. Ini dilakukan supaya tiada tiru meniru antara peserta Ratu Cantik .

Hahahaha.. Macam test betul pulak!

Penyingkiran Round 3.

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 3:58 PM 0 comments
Maaf banyak2 sebab dah lama tak update blog. Hehehee.. Anyway, Just nak maklumkan.. Yang peserta yang tersingkir adalah...

Liya.

Monday, December 14, 2009

Its Banner Time! -Nina

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 12:49 AM 0 comments
Assalamualaikum...

Saya, Nur Sharina, peserta pertandingan RCSSB09 nak mintak maaf sesangat sebab terlambat membuat tugasan ketiga ni... Carik idea... hehehe... Dah berserabut dah nie... huhuhu...

Dalam berucap nie, nina nak amik kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi mengundi Nina, walaupun nina belum buat tugasan tersebut. Hehehe...
Thank you so much! Dan kepada peserta - peserta RCSSB yg laen, Good luck yah!

Okay, nina xnak panjng - panjang sgt taip. So, mari lihat hasil tugasan nina kali ini...

Cara - cara mengundi:

Mari ikuti cara - cara mengundi. terdapat dua cara untuk mengundi tau.. Tak perlu untuk menaipkan susah - susah melalui mesej henfon. Hanya taipkan :

rcundi_misssembilan.nina

Cara kedua pula ialah...

1. Klik www.rcssb09.blogspot.com
2. Scrool down to the poll.
3. Tick right beside my name and click vote!

Easy as pie, rite?
Okay.. Terima kasih kepada sesiapa yg sudi mengundi yah...

My work

1. Banner for Syaza.




~Syaza...
~A SwEEt FrIeNd

2. Banner for Sis Shidah



~ Sis Shidah
~ Friendly Sister

3. Banner for Alia



~Miss Alia Kibum
~Korean Fan

4. Banner for RCSSB09



~ Ratu Cantik SSB
~ It's Princess Things!

Jawapan kepada soalan cik Syaza...

Sekiranya anda berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009, apa yang anda bakal buat untuk membuang gejala2 tak baik di SSB seperti Misteri, Ipin dan Aku Budak Pandai! ? Adakah anda pernah mencuba?

Jawapan:

Sekiranya saya berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009, saya akan menasihati pembuat - pembuat gejala tak baik itu. Sekiranya tak dibuat, kita boleh cuba dengan cara lembut. Mungkin dia berbuat begitu kerana tidak mempunyai ramai kawan. Jadi, saya bersedia menjadi rakannya. Biar kita mendapat tahu apa masalahnya. Tak guna juga kalau kita memaki - maki dia kan?

Sekian, terima kasih...

P/S: WARGH!! Komputer ni lembablah... huhuhu... cptlah sikit!! huhuhu..  

Its Banner Time! -Nurina

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 12:38 AM 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Bertemu lagi kita di dalam tugasan Ratu Cantik SSB Tahun 2009. Tugasan

kali ini adalah membuat banner untuk 4 orang dibawah iaitu:

#syaza97
#alia98
#sis shidah
#RCSSB09 (pertandingan ini)

Sebelum saya mempersembahkan banner yang saya telah buat untuk

mereka, saya ingin meminta jasa baik warga Sekolah Sri Bangsar untuk

mengundi saya. Cara-cara mengundi tetap kekal seperti dahulu. Bagi

mereka yang baru sahaja mengetahui tentang pertandingan ini, cara-cara

untuk mengundi adalah seperti berikut.

i. ringankan jari jemari anda untuk menaip kod di bawah


Code:

rcundi_missjohor.nurina


ii. jika anda malas untuk menaip, anda pergi sahaja ke blog rasmi

Pertandingan Ratu Cantik SSB di alamat www.rcssb09.blogspot.com

Sesampainya anda di blog tersebut, tumpukan perhatian anda di sebelah

kanan skrin komputer/laptop anda. Nampak vote box tak? Kemudian, pilih

Ninasweet97 dan tekan VOTE!

Tiada paksaan untuk mengundi saya ok. Diharapkan dengan undian-undian

yang diterima, saya boleh melangkah ke peringkat seterusnya.
______________________________________
Bismillahirrahmanirrahim..

i. Banner untuk Syaza...



Description: I'm Not Perfect. Bukan semua orang sempurna bukan?

ii. Banner untuk Alia98...



Description: Alia suka KiBum kan? So.. here you go Miss Alia..

iii. Banner untuk Sis Shidah



Description: Live.Laugh.Love bersesuaian dengan Sis Shidah yang sempoi.

iv. Banner untuk RCSSB09



Description: Make Me An Idol berkisar tentang moto RCSSB09 yang ingin menjadikan ratu-ratu ini idol untuk warga SSB yang lain.
________________________________
Dan seperti tugasan-tugasan yang terdahulu, Syaza telah memberi semua peserta satu soalan yang WAJIB dijawab. Soalan kali ini adalah:

Sekiranya anda berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009, apa yang anda bakal buat untuk membuang gejala2 tak baik di SSB seperti Misteri, Ipin dan Aku Budak Pandai! ? Adakah anda pernah mencuba?

Sekiranya saya berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009, saya akan cuba menasihati pelajar-pelajar SSB seperti yang dikatakan oleh Syaza untuk mengubah sikap mereka. Saya rasa, tugas ini adalah tanggungjawab semua warga SSB dan bukanlah tugas Ratu Cantik SSB sahaja. Mungkin ada pelajar SSB yang pernah melihat saya diperlekehkan oleh Aku Budak Pandai di salah satu thread di kantin. Thread tersebut telah menyebabkan saya dipandang rendah oleh beberapa pelajar SSB sehingga ada yang melabelkan saya sebagai 'GEDIK'. Namun begitu, di dalam blog saya, saya telah menegaskan bahawa saya bukanlah gadis seperti yang dikatakan oleh Aku Budak Pandai. Selain itu, gejala buruk seperti itu boleh dihindari dengan melaporkan pelajar tersebut ke moderator. Dengan cara itu, pelajar tersebut dapat di'block' daripada sekolah ini dan diharapkan gejala itu
tidak berleluasa lagi.
################################################

Ok. Nina juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya banner-banner ini terlampau simple. Bukannya Nina malas ke, tak ada masa ke.. Cuma kesihatan diri yang menghalang saya daripada membuat yang terbaik pada tugasan kali ini. Segala kelemahan saya harap dimaafkan..

Salam...
Ninasweet97,
Peserta Ratu Cantik SSB 2009.

Its Banner Time! -Liya

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 12:37 AM 0 comments
PERMULAAN!!!!







ASSALAMUALAIKUM...

-Nampak gayanya tugasan kali ini agak mencabar,kerana
selamaini Liya tak pernah membuat Banner.

-Namun sebagai calon ratu cantik sekolah sri bangsar,Liya
akan tetap mencuba.

-Harapan Liya agar Banner2 Liya diterima...

-Liya juga ingin memohon maaf jika banner liya tidak
cantik dan terlalu biasa.

-Undian anda amat dihargai oleh Liya.








->UNDILAH SAYA!!




-Type ini jika anda merasakan saya layak!!!


Atau mahu cara lebih senang???

Cuma layari laman web:www.rcssb09.blogspot.com
Dan klik nama liya-hepy gurlz dalam ruangan poll/undi






1)DITUJUKAN KEPADA JURI PERTAMA(SYAZA97)




-Ia bermaksud,Syaza sememangnya layak digelar idola.Kerana bagi saya dia mempunyai cukup sifat dan sememangnya dia antara pelajar sekolah ini yang menjadi idola saya.







2)DITUJUKAN KEPADA JURI KEDUA (SIS SHIDAH)




-Oleh sebab tulisan ini agak "ROSAK"jadi liya terjemahkan
"SIS SHIDAH THE BEST"maksud bagi banner ini pula lebih kepada sifat sis yang baik.Tak lupa juga semangat dia,dari mana saya tahu?.Saya tahu bahawa sis Shidah bersemangat apabila ber"CHATTING" dengannya beberapa hari sebelum SPM.




3)Juri Yang Ketiga (Alia)




-Maksud kali ini lebih kepada thread-thread dan post daripada Alia.Liya akui tidak seberapa rapat dengan dia jadi Liya mencari maklumat mengenainya untuk membuat banner berdasarkan apa yang disebutkan tadi.








-RCSSB MAKE ME MORE RESPONSIBLE


Maknanya lebih merujuk kepada diri Liya.Dahulu sebelum memasuki pertandingan ini,Liya kadang-kadang malas memikirkan mengenai tanggungjawab.Memang tidak rugi memasuki pertandingan ini walaupun kalah ia tetap berjaya mengubah sikap kita ke arah yang lebih maju!






Sekiranya anda berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009, apa yang anda bakal buat untuk membuang gejala2 tak baik di SSB seperti Misteri, Ipin dan Aku Budak Pandai! ? Adakah anda pernah mencuba?


-Liya sebagai calon ratu cantik akan cuba menasihati dengan cara menghantar mesej terlebih dahulu.Kita tidak boleh bertindak terus-terusan.Saya akan cuba mendapatkan jawapan mengapa mereka buat demikian.Namun jika mereka membalas dengan kata-kata kesat dan tidak memperdulikan pertanyaan saya.Saya akan melaporkan kepada Admin ataupun Kak Ain.Jika tiada perubahan juga saya akan mencuba juga pelbagai cara untuk mengubah sikap mereka.Caranya ada banyak sebenarnya cuma kita masih belum terokai jadi sekiranya saya berjaya atau tidak berjaya saya akan tetap mecari caranya.


-JAWAPAN BERDASARKAN IDEA BUKAN TIRUAN!!!-








Friday, December 4, 2009

Its Banner Time! -Muz Fiera

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 7:17 PM 0 comments
hai..
sye ingin mlangsaikan "hutang" sye trhadap syaza97 yg tlh mmberi tgasan kpd sye bberapa mnggu yg lps..
tugasan yg sye trime kli ini ialah sye prlu mmbuat 4 banner untuk:

~syaza97
~alia98
~sis shidah
~rcssb

tugasan kli ini mmg agak rumit krne mnurut syaza97 kami sudah hmpir mmasuki pringkat semi finale dan kmudian finale.mmg brdbar-dbar ktike mendgr prkataan finale.
sblm sye mempmerkn banner2 yg tlh sye buat,sye ingin mminta jasa baik kalian smue untk mngundi sye dgn cre yg sdie mklum iaitu:-

cme taip
"rcundi_missselangor.muz".

jika mls sgt nk mnaip,cme prgi ke blog rcssb iaitu www.rcssb09.blogspot.comdan anda cme plih Muz Fiera di vote poll yg trsdie dan tkn VOTE!

Sblm saya mmmulakan apa-apa,saya inin mengucapkan TERIMA KASIH jika kalian mengundi saya.Kalian tidak dipaksa untuk mengundi ya..
______________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim..

Banner 1..
Syaza 97..



DESCRIPTION
~(: syaza 
~juz be yourself

Banner 2..
Alia98



DESCRIPTION
~...ALIA...
~!!!SARANGHAE SUJU OPPA!!

Banner 3..
Sis Shidah



DESCRIPTION
~:>sis shidah<:
~nothing without friends..

Banner 4..
RCSSB



DESCRIPTION
~RATU CANTIK SSB 2009
~MAKE MY DREAM BECOME TRUE...
____________________________________________________

Dan seperti biasa,kami telah diberi satu soalan yg perlu kami jawab setiap kali menerima tugasan.Soalan yg kami terima kali ini ialah...

Sekiranya anda berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009, apa yang anda bakal buat untuk membuang gejala2 tak baik di SSB seperti Misteri, Ipin dan Aku Budak Pandai! ? Adakah anda pernah mencuba?

Sekiranya saya berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009,saya akan menasihati pelajar2 SSB seperti Misteri,Ipin dan Aku Budak Pandai.Saya rasa,saya patut melakukan tindakan ini walaupun saya tidak berjaya merangkul gelaran Ratu Cantik SSB 2009 sekalipun.Saya juga berpendapat yang saya patut melaporkan perihal ini kepada Admin dan Kak Ain kerana bagi saya mereka boleh membantu dalam menyelesaikan hal ini.Kedua-dua cara ini saya pernah lakukan sebelum ini.Apa-apa pun,ini merupakan kehendak mereka sendiri untuk merubah peribadi dan akhlak mereka.
__________________________________________________________

Sekian,langsailah juga hutang saya terhadap Syaza.Harap kalian menyukai banner2 yg telah saya buat.Saya juga berharap jawapan saya memuaskan hati kalian.

TERIMA KASIH...

Its Banner Time! -Riha

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 7:14 PM 0 comments



Hai. Nama saya, Riha. Itupun kalau awak nak kenal. Saya ada satu permintaan, iaitu permintaan untuk mengundi saya sebagai RATU CANTIK SSB 09 walaupun saya tahu, muka saya yang kuning langsat ini taklah secantik mana. Saya mengharap ikhsan 'mouse' anda utk menekan link ini

www.rcssb09.blogspot.com

dan sekali lagi, doronglah mouse anda ke box di sebelah nama RIHA. Selesai. Kalau mouse anda berat hati untuk melakukan sedemikian, bolehlah juga ambil ihsan jemari runcing anda utk menaip:


Code:

rcundi_missselangor.riha


Saya ucapkan terima kasih sangat2 kepada yang mengundi!

__________________________________________________________


BANNER SAYA.

Saya memanggil semua banner ini 'Hirameki', sejenis teh yang dibuat dengan cara yang mudah dan khas. Hirameki juga bermaksud, kebijaksanaan. Saya memberi nama HIRAMEKI kerana sepanjang kepala saya berasap mencari banner, saya ditemani teh hirameki yang enak lagi lazat.

Semua HIRAMEKI ini dipilih berdasarkan karakter setiap seorang. Peace....

[{Syaza97}]





About Me. About Syaza...

____________________________________________________________


[{Alia98}]



I LOVE BEING ME

____________________________________________________________

[{Shidah}]



.:live.:love.:laugh..

____________________________________________________________

[{RCSSB}]




Princess Story of RCSSB

____________________________________________________________




Sekiranya anda berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009, apa yang anda bakal buat untuk membuang gejala2 tak baik di SSB seperti Misteri, Ipin dan Aku Budak Pandai! ? Adakah anda pernah mencuba?


Jawapan:

-Biasanya Riha, mungkin anda pernah baca, menghentam org lain yg bermasaalah itu selaser mungkin; akan tetapi, adakalanya Riha menggunakan cara psikologi, spt yg pernah dipelajari sepanjang program yang dikendalikan utk anak Perodua. Ia ttg unsur menegur dgn cara berbalik drpd apa yg org lain lakukan. Org lain marah, kita pujuk. Org lain lantakkan, kita tegur. Jadi ini yg dipanggil 'konsep reversed' yg biasa digunakan dalam melembutkan hati org.

-Pada pendapat saya, gejala spt di atas boleh diatasi dgn kesedaran pengguna tersebut sendiri dgn bantuan admin, kerana kita bukan 'face to face' dgn org tersebut. Kesimpulannya, masalah ini mungkin berlanjutan dgn kehendak pengguna itu sendiri, tetapi dalam apa pun pekerjaan yang kita lakukan, pilihlah kebaikan dalam setiap satunya. Suluh diri dan dorong org lain ke langkah yang betul. Bertaubat sebelum terlambat. 
 

♥ Ratu Cantik SSB 2010 ♥ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare