Bertemu lagi kita di dalam tugasan Ratu Cantik SSB Tahun 2009. Tugasan
kali ini adalah membuat banner untuk 4 orang dibawah iaitu:
#syaza97
#alia98
#sis shidah
#RCSSB09 (pertandingan ini)
Sebelum saya mempersembahkan banner yang saya telah buat untuk
mereka, saya ingin meminta jasa baik warga Sekolah Sri Bangsar untuk
mengundi saya. Cara-cara mengundi tetap kekal seperti dahulu. Bagi
mereka yang baru sahaja mengetahui tentang pertandingan ini, cara-cara
untuk mengundi adalah seperti berikut.
i. ringankan jari jemari anda untuk menaip kod di bawah
| Code: |
rcundi_missjohor.nurina |
ii. jika anda malas untuk menaip, anda pergi sahaja ke blog rasmi
Pertandingan Ratu Cantik SSB di alamat www.rcssb09.blogspot.com
Sesampainya anda di blog tersebut, tumpukan perhatian anda di sebelah
kanan skrin komputer/laptop anda. Nampak vote box tak? Kemudian, pilih
Ninasweet97 dan tekan VOTE!
Tiada paksaan untuk mengundi saya ok. Diharapkan dengan undian-undian
yang diterima, saya boleh melangkah ke peringkat seterusnya.
______________________________________
Bismillahirrahmanirrahim..
i. Banner untuk Syaza...

Description: I'm Not Perfect. Bukan semua orang sempurna bukan?
ii. Banner untuk Alia98...

Description: Alia suka KiBum kan? So.. here you go Miss Alia..
iii. Banner untuk Sis Shidah

Description: Live.Laugh.Love bersesuaian dengan Sis Shidah yang sempoi.
iv. Banner untuk RCSSB09

Description: Make Me An Idol berkisar tentang moto RCSSB09 yang ingin menjadikan ratu-ratu ini idol untuk warga SSB yang lain.
________________________________
Dan seperti tugasan-tugasan yang terdahulu, Syaza telah memberi semua peserta satu soalan yang WAJIB dijawab. Soalan kali ini adalah:
Sekiranya anda berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009, apa yang anda bakal buat untuk membuang gejala2 tak baik di SSB seperti Misteri, Ipin dan Aku Budak Pandai! ? Adakah anda pernah mencuba?
Sekiranya saya berjaya menjadi Ratu Cantik SSB 2009, saya akan cuba menasihati pelajar-pelajar SSB seperti yang dikatakan oleh Syaza untuk mengubah sikap mereka. Saya rasa, tugas ini adalah tanggungjawab semua warga SSB dan bukanlah tugas Ratu Cantik SSB sahaja. Mungkin ada pelajar SSB yang pernah melihat saya diperlekehkan oleh Aku Budak Pandai di salah satu thread di kantin. Thread tersebut telah menyebabkan saya dipandang rendah oleh beberapa pelajar SSB sehingga ada yang melabelkan saya sebagai 'GEDIK'. Namun begitu, di dalam blog saya, saya telah menegaskan bahawa saya bukanlah gadis seperti yang dikatakan oleh Aku Budak Pandai. Selain itu, gejala buruk seperti itu boleh dihindari dengan melaporkan pelajar tersebut ke moderator. Dengan cara itu, pelajar tersebut dapat di'block' daripada sekolah ini dan diharapkan gejala itu
tidak berleluasa lagi.
################################################
Ok. Nina juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya banner-banner ini terlampau simple. Bukannya Nina malas ke, tak ada masa ke.. Cuma kesihatan diri yang menghalang saya daripada membuat yang terbaik pada tugasan kali ini. Segala kelemahan saya harap dimaafkan..
Salam...
Ninasweet97,
Peserta Ratu Cantik SSB 2009.
0 comments:
Post a Comment