

Ya! Menurut arahan pihak penganjur, semua peserta kena buat kempen undian! Hohoh! Naik mereng Riha pk apa yg Riha patut tulis!
Undilah Riha sebagai Miss Selangor! Taipkan:
rcundi_misselangor.riha
Mungkin sesetengah orang berpendapat, ratu cantik hanyalah satu kerjaya yang difokuskan dalam aspek modelling. Sedikit pendapat atau lebih tepat, bangkangan dari Riha: tidakkah seorang RATU itu kerjanya memimpin? Sesiapapun, Ratu Cantik, Ratu Lawak, Ratu Makan, dan segala jenis Ratu yang pernah wujud di dunia, tak kira kumpulan Ratu yang dah bubar tu sekalipun, mereka akan memimpin.
Hasrat saya, saya ingin cuba menggalas tugas sebagai seorang ratu yang berpendirian tetap, dan tahu menendalikan tanggungjawab serta tidak salah menggunapakai kuasa. Anda boleh kritik, saya berat sebelah? Saya berlagak diva?
Barangkali anda berpendapat, orang muda tak matang, setahun jagung, belum makan asam garam dan belum kenal apa itu kehidupan. Saya mungkin begitu, kerana setakat ini saya masih belum menjelajah BERMUDA TRIANGLE, bandar Atlantis yang hilang, tapi di sebalik semua itu, saya yakin saya mampu menggalas tugas ini meskipun tidak boleh dipandang enteng.
Barangkali apa yang saya nyatakan salah. Kerana setiap orang mempunyai keinginan yang sama. Seperti Shahrizat Jalil, berdegar-degar berkempen memancing undian. Tetapi pada saya, semuanya ada di papan kekunci milik anda. Terpulang pada hati, sama ada ya atau tidak. Ikut hati mati, ikut rasa banyak orang binasa, ikut nafsu lesu, ikutlah iman dapat senyuman..
Salahkah saya menulis semua ini? Saya rasakan, mungkin. Kerana tanggungjawab ketua untuk menjadi contoh kepada orang lain itu besar dan tidak mudah. Saya berfikir, mungkin aktiviti ini harus dijalankan seiring dengan kegiatan Islam. Maka, saya menyiarkan artikel keagamaan di blog. Jadi, ini sudah cukup menjadi bukti, tanggapan anda semua bahawa seseorang yang digelar RC ialah bimbo, seksi, tak sopan? Petik jari, sama-sama tanya diri sendiri. Wallahualam.
Nak kenal Riha??
~Nurfarihah binti Jamil
~12 tahun
~Berbakat dalam:
-Mengacara
Mengacarakan rancangan Suatu Hari Nanti (pernah dipromosikan oleh Kak AinMaisarah di dalam blognya sendiri)
Mengacarakan rancangan sebagai pengacara sampingan Nik Adruce dalam Adik Di 9.
Pernah menyertai kuiz Siapa Pintar di TV9, dan layak ke finale dan menjadi juara keseluruhan Siapa Pintar dalam keseluruhan 39 episod di mana setiap satu episod ada 3 peserta.
Memenangi gameshow HARTAMANIA yang dihostkan oleh Adruce dan Nabil Raja Lawak.
-Menulis
Novel INI KISAH REMAJA 2 mendapat bintang dalam kategori penulisan kreatif.
Telah menghubungi pihak PTS untuk projek novel terbaru
Dalam perancangan membuat novel di PENULISAN KREATIF bertajuk Perasaan Ini Bukan Cinta dan Sushi Untuk Elinda.
Memenangi tempat kedua PERTANDINGAN MENULIS ESEI PENGGUNA (FOMCA) MALAYSIA - diiktiraf sebagai PERINGKAT KEBANGSAAN
p/s: nak tahu bukti Riha menang, buka link ini
www.google.com.my/search?hl=ms&sourc...ta=&aq=f&oq=
Juga telah muncul sebagai pemenang tempat ketiga ANUGERAH NILAM KEBANGSAAN 2009. Maklumat lanjut, klik link ini
www.google.com.my/search?hl=ms&q=nur...ta=&aq=f&oq=
Riha menjawab soalan dari Syaza, cik penganjur:
~Sekiranya anda terpilih sebagai Ratu Cantik SSB 2009, apakah yang anda bakal lakukan untuk menolong para pelajar SSB yang inginkan tips kecantikan dan perlukan pertolongan?
=Riha akan membantu pelajar SSB dalam semua aspek kecantikan, baik dari segi penjagaan muka, manicure, padicure serta segenap sudut kekemasan dan kecantikan. Jika perlu, saya dengan sukacita membuat thread baru atau meletakkan beberapa tips di blog yang akan saya buat khas untuk membantu para pelajar SSB. Selain itu, semua pelajar dialu-alukan menghantar PM dan saya akan menjawab semua soalan yang diutarakan.
rcundi_missselangor.riha

Riha akan sangat berterima kasih!
p/s:

0 comments:
Post a Comment