Friday, November 13, 2009

TRC ○ Love Story :. Sharina 97

Posted by ♥ Blog Ratu Cantik SSB 2009 ♥ at 8:43 PM
Terima kasih diucapkan kepada rakan - rakan seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan. Akhirnya, terhasil juga cerpen saya untuk tugasan kedua Pertandingan Ratu Cantik SSB 2009. Nina nak mintak maaf sebab kelewatan melaksanakan tugasan kedua ini. Sebab busy. Hehehe..

Dialu - alukan untuk membaca.
Jika anda suka cerpen ini, silalah undi saya dengan menaip

rcundi_misssembilan.nina

Mahu lebih senang untuk mengundi?
Silalah ke www.rcssb09.blogspot.com
Scroll down dan klik sharina97 di poll undi.
Kemudian, tekan vote!

Terima kasih..

Cerpen Love Story..


Danny, Mia. Mia, Danny… Nama yang sudah biasa didengari. Mereka terkenal dengan sikap yang seperti belangkas, selalu kelihatan bersama dimana – mana jua. Akulah Miasarah atau lebih dikenali dengan nama Mia. Danny, sahabat karibku selama – lamanya. Namun disekolah, aku dan dia dianggap seperti pasangan yang sedang enak dibuai cinta. Setiap kali aku dan Danny berjalan bersama, pasti ada yang membuat mimik muka nakal, cemburu dan sebagainya.Dan Sudah berulang kali aku menafikan yang aku dan dia tiada apa – apa. Kami hanya bersahabat sahaja.

Setiap kali aku mendengar lagu Love Story berkumandang di radio, aku pasti tersenyum keseorangan. Manakan tidak, lagu inilah yang mempertemukan aku dan dia semula setelah sepuluh tahun berpisah. Sepanjang sepuluh tahun ia berlalu, aku sering teringatkan dia. Manakan tidak, untuk berpisah dengan orang yang disayangi dan telah kuanggap bagaikan abang kandung sendiri. Sepanjang sepuluh tahun juga, aku sering mengalirkan air mata, mengenangkan memori – memori indah bersama dia. Dengan kehadiran Sofea, aku mula melupakan dia.

Nak tahu bagaimana aku boleh berjumpa dengan dia dahulu? Pada masa itu, aku berumur 10 tahun dan Danny pula berumur 12 tahun. Aku sedang leka bermain bersama anak patung yang baru bapaku beli hari tu di taman permainan. Bapaku pula sedang membaca surat khabar. Aku berada agak jauh daripada kepala keluargaku itu. Tiba – tiba, aku terasa perit pada kakiku. Rupa – rupanya, sebuah batu kerikil telah menghinggap pada kakiku itu. Oleh sebab terasa pedih, aku pun menangis lalu berlari kearah bapaku sambil menahan sakit. Setelah sampai, aku memberitahu bapaku dan menunjukkan kearah seorang budak lelaki yang telah mencederakan aku itu. Budak lelaki itu membuat mimik muka menyesal yang teramat. Bapaku memarahi dia. Aku sempat melihat wajahnya. Perasaan kasihan mula menyelubungi benakku. Selepas dimarahi, budak lelaki itu pun beransur – ansur pergi bersama bayang – bayangnya. Aku hanya dapat memerhati dia pergi dari situ.

Keesokkan harinya, aku terserempak dengan dia ketika aku mahu membeli ais – krim. Tiba – tiba, dia datang dan membayarkan ais – krimku itu. Setelah itu, dia meminta maaf padaku kerana telah mencederakanku semalam. Sejak itulah, aku mulai berkawan rapat dengannya. Luka dikaki sudah sembuh. Cuma tinggal parut sahaja. Aku berasa senang dengan kehadirannya. Dia amat memahamiku berbanding dengan teman – temanku yang lain.

Persahabatanku diteruskan lagi setelah aku berhijrah ke alam remaja. Aku belajar satu sekolah dengan Danny. Setiap hari, aku pasti pergi berehat di kantin bersama dia. Aku copkan tempat duduk manakala dia membelikan makanan. Hubungan rapatku dengan Danny mengundang senyuman nakal dan gelaran pasangan bercinta oleh rakan sekolahku. Merah padam mukaku tidak dihiraukan. Apalah nasib.

Dan ketika aku berumur 14 tahun, satu kejadian yang tidak dapat aku lupakan sampai bila – bila. Danny hendak berpindah ke tempat lain. Jauh daripada Kuala Lumpur, tempat asalku. Dia hendak berpindah ke Kedah. Alangkah sedihnya hatiku bagai direntap – rentap. Aku sendiri terlambat untuk bertemu dengannya di saat – saat dia hendak pergi meninggalkan bumi Kuala Lumpur. Dia menasihatiku agar jangan nakal – nakal. Disaat itu, aku terketawa kecil. Danny ingat aku ini budak – budak kah? Namun, aku faham. Dia ingin menceriakan aku. Dia mahu melihat senyuman terukir dibibirku.

Sepanjang sepuluh tahun, macam – macam berlaku. Aku dan keluarga berpindah ketempat lain mengikut bapaku yang telah dinaikkan pangkat. Aku yang bermurung, kemudiannya berkenalan dengan seorang gadis sebayaku bernama Sofea. Cantik orangnya dan baik hati pula. Dia juga selalu menjadi pendengar setia luahan hatiku. Aku senang berkawan dengannya. Sampailah aku dewasa. Telah masuk ke alam pekerjaan. Bapaku tidak membenarkan aku bekerja padahal aku teringin merasakan kesusahan bekerja. Anak orang kaya, memanglah..

Satu hari, keluargaku telah merancang untuk menyambut harijadiku yang ke-24. Aku bercadang hanya mahukan biasa – biasa sahaja. Tetapi, oleh sebab aku anak tunggal, tidak sampai hati pula aku menolak cadangan kedua ibu bapaku yang semakin hari semakin meningkat usianya. Habis satu taman, ibu bapaku jemput. Ramainya! Jadi, yang hadir hanyalah rakan – rakan yang dalam lingkungan 20an. Ramai yang aku tidak kenal.

Aku sedang bersiap di dalam kamar. Rakan – rakan rapatku yang lain pula menyambut tetamu yang hadir. Sofea berada di bilik bersamaku untuk menyolekkanku. Dengan tema Prom, aku memakai gaun berwarna putih disertai dengan solekan halus. Tidak terlalu pekat. Rambutku diikat mengikut satu fesyen. Sedikit rambutku dibiarkan lepas dan dibuat kerinting. Kemudian, aku dipakaikan Tirana diatas kepalaku. Aku merenung diriku di dalam cermin. Kini, aku kelihatan bagaikan puteri raja yang manis dan jelita. Tidak sangka, sahabatku ini pandai menyolekkan orang ya!

Bapaku telah membayar upah kepada sebuah kumpulan untuk membuat persembahan. Tiba – tiba, aku dijemput membuat persembahan juga. Dia bertanya kepadaku, lagu apa yang ingin dinyanyikan. Aku menyebut lagu Love Story memandangkan lagu itu merupakan lagu kegemaranku. Sedang aku menyanyi, aku terpandang wajah seorang jejaka. Aku merasakan bagai sudah biasa melihat wajah itu. Kulitnya putih ala – ala mat saleh. Tampan, hidungnya mancung. Dia datang kepadaku sambil memegang ais – krimnya. Kemudian, dia menghadiahkan aku sebuah senyuman. Senyuman itu. Aku pernah melihat senyuman itu. Hatiku teringatkan senyuman yang Danny pernah hadiahkan untukku dahulu. ‘Argh! Tak mungkin itu Danny.’ Kemudian, jejaka itu mengangguk anggukkan kepalanya bagaikan dapat membaca fikiranku. “Mia, ni Danny..” Bisiknya. “Danny?” Dia mengangguk lagi. Aku menghentikan nyanyianku. “Is it the real you?” Kedua belah tanganku menyentuh wajahnya sambil mataku berlinangan air mata. Para penghadir hanya memerhatikan kami dengan penuh tanda tanya.

“Tak percaya? I know you, Mia. Rosefarah Miasarah binti Dato’ Amiruddin.” Aku mengangguk. “Danny pernah baling batu kat Mia, kan?” Aku mengangguk lagi. “Danny dan Mia sekolah kat SK Taman Tuanku Sejahtera masa sekolah rendah, dulu kan?” Aku mengangguk lagi dengan linangan air mata. Kini, aku percaya. Dialah sahabat yang aku tercari – cari. Dialah Muhammad Danny Daniel!

Sejak itu, aku mulai rapat dengannya seperti dulu. Dia sangat mengambil berat tentangku. Setiap kaliku sakit, dia pasti risaukan aku dan segera membawaku ke klinik. Lama kelamaan, aku dan dia saling cinta – mencintai. Tidak sangka, apa yang diusik oleh rakan – rakanku disekolah, akhirnya terjadi juga. Aku berkahwin dengannya. Kami memperolehi seorang anak perempuan yang comel hasil daripada perkahwinan kami. Kami menamakannya Nur Damia. Damia adalah nama yang digabungkan dengan nama aku dan Danny. Hidupku bahagia disamping suami tercinta dan anak yang comel dan solehah.

Tamat!

Okay. Untuk soalan yang cik Syaza, penganjur pertandingan yang tekah membuatkan untuk kita..
Inilah soalannya..

<> Apabila orang lain mengutuk anda/kawan anda/family anda/bf anda/sesiapa pun yang anda ambil berat, apakah yang anda akan lakukan untuk menghentikan kutukan tersebut??

Jawapan:

Pertama sekali, saya cuma bersabar. Jika dia masih dengan perangai itu, saya akan menasihatinya dengan menceritakan tentang dosa - dosa menzalimi orang. Dan juga, saya akan berdoa pada Yang Esa agar dia sedar dengan perbuatannya. Mudah - mudahan, dia diberi pertunjuk dan hidayah akan perbuatannya itu. Tidak gunanya untuk mencari gaduh. Api berjumpa dengan api, tidak akan terpadam. Melainkan, air berjumpa dengan api. Cubalah sedaya upaya untuk menjadi seperti air. Lama kelamaan, api tersebut akan terpadam dengan sendiri. Sebagaimana seperti orang yang mengutuk kita. Jika kita memarahi dan memaki - maki orang yang mengutuk kita, pasti akan timbul pula perasaan benci dan pergaduhan mula meletus. Tidak baik kalau begitu. Jadi, nasihatkan lah dia dengan baik. InsyaAllah, dia pasti sedar dengan kelakuannya.

Sekian,
Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

 

♥ Ratu Cantik SSB 2010 ♥ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare