Fiera buat cerpen ni sebab ianya merupakan tugasan sempena pertandingan ratu cantik SSB. Fiera memilih tema 'Kisah Seorang Ratu' Tanpa melengahkan masa lagi,fiera harap smue org akn trime crite yg fiera wat nie.
Oh ya,sekiranya anda suka cerita pendek ini,undilah saya dengan menaip rcundi_missselangor.muz atau undi saya dengan menekan VOTE! di blog rasmi Ratu Cantik SSB iaitu www.rcssb09.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku seorang puteri. Namaku Puteri Rosella Amanda Yelnats. Aku mempunyai mata coklat yang bundar,hidung yang mancung dan comel,bibir yang sentiasa kelihatan segar,tubuh yang langsing dan rambut yang ikal lagi sihat. Ramai kaum adam meminatiku kerana aku cantik dan lebih-lebih lagi aku mempunyai darah campuran melayu-jepun. Hidupku juga sentiasa dilimpahi kesenangan. Apa yang aku inginkan,tentu dapat ku perolehi. Pendek kata,hidupku memang sempurna. Aku amat berbangga memiliki kehidupan seperti ini.
Tetapi,aku agak tidak di senangi oleh segelintir masyarakat kerana tabiatku yang suka berangan. Sekiranya ada masa aku bersendirian,aku akan termenung dan berada di dalam duniaku sendiri. Aku bercita-cita untuk mengahwini seorang putera yang tampan dan baik hati. Disebabkan itulah aku digelar 'Ratu Berangan'. Tetapi jika difikir-fikirkan, apa salahnya berangan? Bukankah angan-angan boleh menjadi realiti?
Pada suatu hari,ketika aku sedang menghirup udara segar di taman,aku ternampak seorang putera yang tampan. Ketika itu,dia sedang duduk di atas bangku sendirian. Lantas,aku terus berlari-lari anak menuju ke arah putera tersebut. Kami berkenalan.Putera James Rawks Knight. Oh,nama yang sedap disebut. Memang sesuai dengan orangnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 3 bulan kemudian,aku ternampak satu rombongan yang berjalan menuju ke istanaku. Setelah aku memerhatikan rombongan itu dengan teliti,baru aku tahu rupa-rupanya rombongan itu adalah rombongan untuk meminangku. Disaat itu,hanya tuhan sahajalah yang tahu perasaanku kerana aku sudah dapat membuktikan bahawa angan-angan boleh menjadi kenyataan.
Aku terus bersiap-siap untuk turun ke tingkat bawah bagi meraikan kedatangan bakal tunangku. Bedak yang tadinya cuma sedikit,aku tambah lagi sehingga mukaku betul-betul putih. Gincu yang tadinya cair,aku oles lagi di bibirku sehingga warnanya merah menyala. Pemerah pipi yang tadinya hanya aku sapu di pipi untuk melengkapkan solekanku,kini ternyata pekat warnanya seperti solekan badut.
Selepas bersiap-siap,aku terus turun ke bawah. Setelah sampai di tingkat bawah,aku terus pergi ke dapur lalu menyuruh ketua chef menyediakan makanan-makanan yang istimewa buat bakal tunangku. Ketika aku sampai di dapur,chef-chef kelihatan agak terkejut melihat mukaku. Aku fikir,chef-chef itu terkejut kerana mukaku yang cantik. Namun,tanggapanku salah.
Selepas itu,aku terus pergi ke ruang tamu di mana ahli rombongan tersebut berkumpul. Ketika sampai di ruang tamu,ibu bapa James kelihatan terkejut melihatku. Aku cuma senyum ke arah mereka untuk menunjukkan bahawa aku ini tidak sombong. Tetapi,ibu bapa James hanya membalas senyumanku dengan senyuman plastik. Ketika itu,James sedang berbual-bual dengan seorang jejaka. Mungkin,jejaka itu merupakan saudara James. Aku terus duduk di sebelah bapaku. James pula terus menoleh kepala memandangku. Dia memandangku dengan cara yang sangat pelik seolah-olah aku ini bukan manusia.
Tiba-tiba,James bangun dari tempat duduknya dan berkata,
"Maaf ya semua. Saya rasa kita dah silap istanalah. Puteri ni bukan puteri yang saya jumpa hari tu."
Ketika itu,semua ahli-ahli rombongan sudah bergerak menuju ke pintu istana untuk pulang. Pada masa yang sama,aku cuma tercengang mendengar kata-kata James. Selepas itu,aku bingkas bangun dan pergi kearah James lalu berkata,
"James,puteri yang awak jumpa hari itu ialah saya. Puteri Rosella Amanda Yelnats. It's me!"
"No,puteri itu bukan awak. Puteri yang saya jumpa tempoh hari tak bersolek seteruk ini. Dia tidak mempunyai imej badut. I'm sorry. Saya tak boleh terima awak macam ni,"balas James lalu meninggalkan aku sendirian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Tiba-tiba,aku terdengar satu suara memanggilku,
"Amanda,Amanda.Hei,Amanda!"
Di saat itu aku tersentak dan aku terus menjawab suara itu,
"30 cikgu!"
"Ha? Apa yang kamu merepek ni? Itulah pasal. Berangan saja pandai. Asyik-asyik berangan sahaja! Dah,kamu berdiri di atas kerusi sebab kamu tak tumpukan perhatian semasa saya sedang mengajar,"Rupa-rupanya suara itu milik Cikgu Jasnita.Guru yang paling garang seumur hidupku.
Rupa-rupanya,aku cuma berangan sahaja. Memang padanlah aku diberi gelaran 'Ratu Berangan'.Di saat itu,satu kelas mentertawakanku. Mukaku menjadi merah padam. Aku sungguh malu. Aku berjanji kepada diriku sendiri,aku tidak akan berangan lagi mulai saat ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TAMAT
Soalan Untuk Round 2 yg diberikan oleh Syaza,
<> Apabila orang lain mengutuk anda/kawan anda/family anda/bf anda/sesiapa pun yang anda ambil berat, apakah yang anda akan lakukan untuk menghentikan kutukan tersebut??
~saya akan menasihatkan orang yang mengutuk itu supaya menghentikan kutukan tersebut.
~saya juga akan sedaya upaya melindungi orang yang dikutuk itu.
~saya akan memarahi orang yang mengutuk itu.(kan senang?!)
~jika cara-cara di atas tidak berkesan,saya akan merahsiakan perkara ini supaya aib kedua-dua belah pihak tidak akan terbuka.
Oklah,nampaknya setakat ini sahaja lah.fiera pun dah penat menaip.jgn lupa undi fiera ya!!
Monday, November 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment