1) Just type rcundi_misselangor.riha
or
2) Put a tick beside my name and click VOTE at www.rcssb09.blogspot.com
each vote is just as the gold!
_______________________________________________________________
Tahukah kamu, apa maksud CINTA SEJATI?
Tahukah kamu apabila perasaan membelenggu diri?
Apabila panah cinta arjuna menusuk tembus ke hati rapuh seorang hawa, maka tiada dusta yang harus direkacipta. Hatiku memang sudah tersangkut sejak kali pertama aku bersemuka dengan sang putera.
Kisahnya mula memasuki samudera ceritera apabila..
12 Mei 2009.
Hari ini hari jadiku yang ke 19. Tepat jam 0800 mengikut waktu Malaysia Barat, aku dikejutkan dengan bunyi belon pecah yang kuat. Sarung tangan aku dibetulkan lalu aku melangkah ke ruang tamu. Aku tidak berapa sihat hari ini.
"Umi!" Aku terdengar Nia, kakakku menjerit ke arah umi apabila melihat kelibatku yang ibarat zombi pokok pisang menuju ruang tamu, di mana Umi Syuhada, ibuku yang tercinta sedang menggantung belon kanak-kanak warna ungu.
"Iqa!Aina malabisi?" Ummi bertanya di dalam bahasa yang tidak asing lagi pada pendengaranku, bahasa kalamullah, membawa maksud; 'mana pakaianmu?'
"Ya ummi.. Iqa penat, tahu. Iqa tak berapa sihat," sungutku. Umi datang mendekat, memegang kedua belah pipiku yang cengkung dengan tangan sejuk miliknya. Aku menolak tangan umi.
"Iqa okey, beri Iqa masa untuk tukar pakaiannya, boleh umi?" Wajah umi bersinar nampak cantik. Umi wanita Arab, jadi aku mewarisi hampir semua kelebihan kecantikan miliknya, maka ayahku, Abi Asfar merupakan kacukan Eropah.
"Umi sudah siapkan pakaian untuk Iqa," umi berpaling untuk mengeluarkan kek dari peti sejuk.
Aku dengar Nia berdehem. "Ana (saya) yang siapkan baju Iqa, tahu," Nia meneruskan kerjanya apabila umi merenung tajam.
"Syukran ya uhtun(terima kasih wahai kakak)," aku malas memanjangkan cerita dan terus masuk ke bilik tanpa sempat mendengar kakakku mengucapkan 'afwan ya habibi' (sama2 sayangku).
Nia memang bercita rasa tinggi. Pakaian yang dia siapkan bukan jubah labuh kebiasaanku, tetapi busana jubah paras lutut berwarna ungu lembut, berbelah di bahagian tepinya. Baju kasual terbaik milikku. Seluar pula sluar slack hitam dengan taburan glitters di hujung pelipat kaki.
Nia masuk ke bilik tanpa mengetuk pintu.
"Kakak siapkan kamu, cepat."
____________________________________________________________
Aku keluar selepas disolek oleh kakak, itupun dengan berat hati. Nia mengoles pelembab bibir tidak berwarna dan memakaikan aku blusher coklat pada pipi, dan hari ini baru aku sedar yang aku ini rupanya cantik sekali.
Semua yang lain sudah menungguku apabila aku melangkah keluar dan siap memegang pisau lalu tersenyum sebelum anak mata coklatku tertancap pada bidadari lelaki ciptaan tuhan yang..
Astaghfirullah,, aku beristighfar lalu memegang dada.
Hati wanitaku berbisik, "Tuhan, lelaki mana yang telah kau ciptakan dengan kecantikan bak Nabi Yusuf ini Ya Allah, kau lindungilah hatiku dari jebakan syaitan yang mendorong nafsu kejahatan,"
"Iqa?" umi mengisyaratkan aku memotong kek.
___________________________________________________________
21 Julai 2009.
"Iqa! I'm not lying! He admires you.." berita dari Maha, teman sekuliahku yang berasal dari Mesir buatku kembang setaman.
Betulkah? "Is that true?" aku bertanya Maha meminta kepastian yang nyata, takut aku bermimpi di siang hari.
"I heard with the ears that Allah gave to me. And dear, he gave me this letter,"
Wahai hawa, bidadari ciptaan Ilahi,
Aku cukup pasti bahawa renunganku membuat hati wanitamu jadi berdegup dua kali lebih kencang dari yang sepatutnya.
Aku tahu kau lembut hatinya, dan begitu juga dengan aku.
Aku tak tega bersemuka dengan seorang wanita umpama kamu, kerana aku tidak mahu tangan terlepas sentuh, mata terlepas pandang, hati terlepas rasa.. kerana itu fitrah manusia.
Wahai orang yang lembut hatinya,
Warkah ini diutus untukmu dalam sangkar antara pertimbangan baik buruk, dan aku mengambil sisi baik, mengeratkan hubungan silaturrahim menuju hubungan yang suci. Harap kata-kataku ini tidak dianggap zaman dinasour atau apa. Kerana aku memang tak pintar mengarang ayat-ayat cinta.
Yang selalu dekat di hati,
_____________________.
____________________________________________________________
Itulah ceritaku serba sedikit. Berkenaan si putera yang aku tidak boleh sebutkan namanya. Biar ceritanya ku pendekkan.
"Iqa.." aku dapat dengar suara muzikal miliknya yang beralun, lalu aku mengangguk tanpa mengangkat muka. Takut nanti tergugah iman melihat wajah bersih milik si jejaka.
"Ya." pendek jawapanku, perlahan sekali.
"Saya hendak minta izin awak untuk selalu ingati saya," suaranya seperti merayu. Tanganku yang rancak menulis, terhenti lalu mengangkat muka. Kristal jernih yang paling mahal untuk digugurkan oleh kaum Adam sudah bersedia untuk tumpah dari empangan.
Aku memandang tepat ke mata hazel miliknya.
"Saya harap, awak berjaya gapai kejayaan yang awak hendak. Awak pergi dahulu, jangan tunggu saya," menitis air mata miliknya.
"A..awak hendak pergi mana?" Aku bertanya dungu, tanganku makin sejuk, umpama mayat.
"UK, saya hendak sambung belajar di sana. Dan saya nak awak tahu, saya akan selalu rindukan awak, dan saya akan tunggu awak," lembut irama suara lelakinya.
"Awak tunggu saya? Sepatutnya saya yang tunggu awak," aku membalas terketar-ketar.
"Saya sakit, Iqa, dan saya akan tunggu awak, siapkan semuanya di syurga nanti. Insya-Allah,"
Airmataku merembes laju tanpa henti.
Dia mengambil saputangan yang bersulam namanya lalu mengesat titis air mataku. Berlapik, tidak mengapa. Pun begitu aku dapat rasa sejuk tangannya.\
"Saya harap, selepas ini kita akan berjumpa lagi.." itulah satu-satunya ayat terakhir yang meluncur keluar dari bibir indahnya.
Dan, wahai semua pendengar setia,
Kilat menyambar naluriku apabila
Sang putera disahkan menghadap Ilahi selepas kegagalan pembedahan membuat tumor otak miliknya. Selama ini dia sentiasa riang ria, penyayang.. namun, di sebalik ketawa manisnya, di sebalik tutur kata yang meluncur dari bibir indahnya.. dia menanggung keperitan di balik kebahagiaan.
Kini, baru aku sedar, aku tidak boleh terlalu mencintai sang raja sebagaimana kisah cinta Taj Mahal.. kerana tiada hidup yang akan kekal di dalam dunia ini, sebagaimana nukilan terakhirnya di dalam diari milik seorang lelaki, yang dititipkan buat aku sang puteri..
Cintakan bunga, akan layu
Cinta manusia, akan mati
Cintakan Allah, kekal abadi
Itulah ia.. cinta hakiki
Terima kasih tuhan.. kerana telah membuka mataku untuk melihat dunia.
___________________________________________________________
Jawab soalan dari Miss Syaza
>>Apabila orang lain mengutuk anda/kawan anda/family anda/bf anda/sesiapa pun yang anda ambil berat, apakah yang anda akan lakukan untuk menghentikan kutukan tersebut??
>>Menegur dengan hikmah sebagaimana Rasullullah s.a.w menegur kafir musyrikin dan menyeru mereka memeluk Islam. Saya akan memberikan satu teguran bahawa setiap patah umpatan dan fitnah itu sama imbalannya seperti kita memakan daging saudara kita yang lainnya, dan hukumannya lebih berat dari membunuh.
>>Merahsiakan perkara tersebut untuk mejaga aib kedua-dua individu; bagi mengelakkan pergaduhan berlaku. Cuma tanya apa yang dia hendak dari sahabat kita itu, dan cuba beri penjelasan sebaik mungkin. Itu lebih elok daripada menjerit, menengking dan menuduh tanpa usul periksa, sudahlah buang air liur.. buat tambah dosa sahaja..
Akhirul Kalam,
Riha.
p/s: UNDILAH SAYA.. buat pilihan dengan akal.
Ikutkan hati mati,
Ikutkan rasa banyak orang binasa,
Ikutkan nafsu lesu,
Ikutlah IMAN dapat SENYUMAN..
Selamat Mengundi!
0 comments:
Post a Comment