Pemenang bagi pertandingan Ratu Cantik Bandar Metropolis yang baru ialah Cik Hana Arleesa!.Berikan tepukan gemuruh kepadanya.Ketika namanya diumumkan,Hana terus berjalan dengan gaya ala ratu cantik ke arah Datuk Bandar untuk menerima mahkota.Hana bagaikan tidak percaya dengan keputusan ini,kerana baginya ramai lagi yang lebih baik dan mempunya banyak pakej yang menarik...
Selepas majlis itu,diadakan satu sesi temuramah bersama media massa.Melangkah sahaja Hana masuk ke dewan terdengar bunyi pekikan yang menjerit-menjerit namanya.Namun pekikan itu terhenti apabila pengerusi majlis meminta mereka diam.Hana,berasa amat terharu bercampur gembira apabila dia mula diminati ramai.Tidak seperti dulu,dia hanyalah seorang pelajar sekolah tinggi yang tidak terkenal,memakai cermin mata bulat dan berjerawat.Tetapi dengan semangat dan azam yang tinggi Hana mencuba nasib dalam pertandingan ratu cantik.
Baiklah,Cik Hana akan memberikan ucapan.Dengan itu,Hana segera berjalan dengan bergaya sekali dan pergi ke arah mikrofon yang terletak di kanan pentas."Hai semua penduduk Metropolis,Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberi mandat kepada saya untuk menjadi ratu cantik.Saya tahu bahawa menjadi ratu cantik ini bukan mudah,tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk kamu semua.
Kerana SAYALAH RATU CANTIK KAMU.Itulah slogan saya,baiklah saya akhiri ucapan dengan lafaz terima kasih.
______________________________________________________________
Selesai majlis itu,Hana terus dibawa menaiki limosin dan dibawa pulang ke rumah barunya yang dilengkapi dengan kolam renang,jakuzzi,perabot dan keluarga.Hana terus memasuki biliknya dan melompat ke atas katil barunya dan berangan angan bagakikan dunia ini miliknya.Dek kerana penat,Hana Terlelap..
Keesokkan paginya,Hana memulakan tugasnya sebagai Ratu Cantik,kini dia perlu membahagikan masanya.Walaupun dia terpaksa bekorban untuk melebihkan masa amalnya berbanding sekolah,namun ia tidak mematahkan semangat Hana.
Disekolah,Hana kini menjadi pelajar yang teramat terkenal berbanding dahulu.Walaupun menjadi terkenal,Hana tidak meninggi diri.Hana juga sering membantu rakan-rakannya tak kira samada pelajat junior atau senior.Dia juga selalu membantu para guru dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah seperti projek alam sekitar,hari bergotong royong dan pelbagai lagi.
_______________________________________________________________
Hana kini bukan lagi seorang remaja yang ketinggalan dalam fesyen dan bidang kecantikan.Kini,dia lebih mementingkan aspek-aspek rohani dan fizikal.Hana juga melatih dirinya untuk mengamalkan makan sayur-sayuran..
Tiga bulan kemudian..
Hana,tampil sebagai ratu cantik yang sebenar,dengan mengubah semua personaliti lamanya ke baru.Dia berjaya mengubah haluan hidupnya yang teruk dan membosankan ke arah cahaya pembaharuan.
Kini Hana selalu tampil dihalayak ramai dan sering meyebutkan slogan iaitu"SAYALAH RATU CANTIK KAMU"
______________________________________________________________
Sekian terima kasih...
SOALAN : Apabila orang lain mengutuk anda/kawan anda/family anda/bf anda/sesiapa pun yang anda ambil berat, apakah yang anda akan lakukan untuk menghentikan kutukan tersebut??
-Saya akan bertanya kepadanya mengapa dia mengutuk dan meminta dia menghentikannya..
Jgn lupa untuk undi!!
-LIYA-
Monday, November 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment